- Perlu membayar yuran pada waktu yang ditetapkan dan berterusan.
- Perlu memaklumkan kepada setiausaha persatuan atau ketua zon dengan segera jika berlaku pertukaran sekolah atau tempat kerja untuk kemaskini data keahlian.
- Perlu berkelakuan baik ketika menghadiri aktiviti persatuan. Jika tidak, ahli tersebut dilarang menyertai mana-mana aktiviti jika didapati menunjukkan kelakuan buruk.
- Seorang ahli tidak dibenarkan mengedar mana-mana dokumen atau penerbitan dari Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan tanpa kebenaran Ahli Jawatan Kuasa Persatuan.
- Seorang ahli tidak dibenarkan mengguna nama Persatuan untuk sebarang urusan peribadi.
- Seorang ahli tidak dibenarkan mendedahkan atau memberitahu perkara berkaitan Persatuan kepada bukan ahli, organisasi atau media tanpa kebenaran.
- Seorang ahli mesti membayar yuran tunggakan atau levi dalam masa 6 bulan selepas menerima penyata tunggakan. Gagal berbuat demikian menyebabkan kehilangan keahlian.
[full_width]