Mesyuarat Agong Kali Ke-19 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan 2025

SHARE:

Seramai 180 orang guru KAFA dari seluruh daerah Kuantan hadir memeriahkan majlis tahunan ini yang menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama

Mesyuarat Agong Kali Ke-19 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan 2025

Mesyuarat Agung Persatuan Guru KAFA Daerah Kuantan kali ke-19 telah berlangsung dengan penuh meriah semalam di Awangan Palace, Kuantan, disusuli dengan jamuan Hari Raya yang turut menyemarakkan suasana.

Seramai 180 orang guru KAFA dari seluruh daerah Kuantan hadir memeriahkan majlis tahunan ini yang menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga pendidik KAFA.

Majlis telah dirasmikan oleh Dato' Zaili bin Besar yang hadir bagi mewakili YB Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Ahli Parlimen Paya Besar. Turut hadir  ialah Al-Fadhil Khadi Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan, Tuan Haji Sharafuddin bin Mohd Sa'ad dan juga Puan Syarifah Adni Binti  Syed Alwi bagi mewakili Pejabat Agama Islam Kuantan Barat.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Persatuan Guru KAFA Daerah Kuantan, Ustaz Harmizi bin Hanafi, yang mengungkapkan penghargaan atas kehadiran semua guru serta menyentuh tentang peranan dan cabaran guru KAFA masa kini. Seterusnya, mesyuarat diteruskan dengan pembentangan minit mesyuarat lalu, laporan kewangan tahunan, dan sesi perbahasan usul-usul daripada ahli-ahli yang hadir.

Acara kemudiannya disusuli dengan jamuan Hari Raya, yang memberi ruang kepada para guru untuk beramah mesra dan mengeratkan ukhuwah dalam suasana penuh kemesraan dan kegembiraan.

Program seperti ini dilihat sebagai satu usaha murni dalam memperkasakan institusi KAFA serta memperkukuhkan kebajikan dan suara para guru di daerah ini.

Sumber: FB Wan Mohd Zailani


ATURCARA MESYUARAT AGUNG KALI KE-19 PERSATUAN GURU-GURU SAR KAFA DAERAH KUANTAN DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2025

8.30 pagi : Kehadiran Ahli

9.00 pagi: Mesyuarat agung bermula 
  • Ucapan Pengerusi 
  • Membentangkan dan mengesahkan Minit mesyuarat agung ke-18
  • Membentangkan dan mengesahkan Laporan kewangan tahun 2024
  • Membentangkan Laporan Aktiviti tahun 2024
  • Membahaskan usul-usul tergempar 
  • Lain-lain hal
10.55 pagi: Mesyuarat ditangguhkan.

11.00 pagi: Ketibaan Perasmi 

11.05 pagi: Majlis Perasmian 
  • Ucapan aluan pengerusi majlis 
  • Bacaan doa 
  • Ucapan aluan Pengerusi PERGUKAFA Kuantan 
  • Ucapan Perasmian oleh Wakil YB Dato' Indera Mohd Shahar Bin Abdullah, Ahli Parlimen Paya Besar.
11.45 pg: Jamuan hari raya bermula 

1.30 ptg: Jamuan selesai dan bersurai 

Tema pakaian: Baju Raya

Gambar Mesyuarat Agong Kali Ke-19 dan Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan 2025






[next]








[next]









[next]








[next]








Jamuan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan 2025
[next]






















InsyaAllah jumpa lagi dalam program akan datang.

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,5,Buku,31,Guru KAFA,146,Ihtifal,11,Info KAFA,655,Jadual,36,JAIP,122,JAKIM,135,Jawatan Kosong,1,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,5,Mesyuarat,37,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,55,Pergukafa,95,Persatuan,3,Program,232,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,3,Tazkirah KAFA,19,UPKK,159,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Mesyuarat Agong Kali Ke-19 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan 2025
Mesyuarat Agong Kali Ke-19 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan 2025
Seramai 180 orang guru KAFA dari seluruh daerah Kuantan hadir memeriahkan majlis tahunan ini yang menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAP2YFTxTI7l_Y-qL52x4WE9Etbl4SEVEjgqdf9cPD2GMkh1bTXs6jhCju3-Q0aK9dc7-NowBdhL8ZtY-0sfeIbD11gSPjcheytcOMuAKtRSHJJilr2foyT5oD94h20jsRsiJ2U6u8DtbmdIMB1turj5yGqOBtGislCgm81LCa-jwwasbhmA706vceoSs/w640-h288/WhatsApp%20Image%202025-04-19%20at%2020.00.14_84c347d0.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAP2YFTxTI7l_Y-qL52x4WE9Etbl4SEVEjgqdf9cPD2GMkh1bTXs6jhCju3-Q0aK9dc7-NowBdhL8ZtY-0sfeIbD11gSPjcheytcOMuAKtRSHJJilr2foyT5oD94h20jsRsiJ2U6u8DtbmdIMB1turj5yGqOBtGislCgm81LCa-jwwasbhmA706vceoSs/s72-w640-c-h288/WhatsApp%20Image%202025-04-19%20at%2020.00.14_84c347d0.jpg
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2025/04/mesyuarat-agong-kali-ke-19-dan-jamuan.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2025/04/mesyuarat-agong-kali-ke-19-dan-jamuan.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :