Pendidikan agama ialah nadi utama dalam pembentukan negara bangsa dan menerusi pelan yang komprehensif Malaysia mampu melahirkan modal insan terbaik..
Kemajuan dunia pada hari ini bukan sahaja memberi kesan terhadap industri pekerjaan tetapi juga pendidikan negara ternasuklah KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain) yang kini perlahan-lahan berubah menuju ke arah digital.
Reformasi pendidikan dilihat sedang giat dijalankan malah guru-guru di negara ini sudah bersedia menerima sebarang perubahan.
Tugas guru KAFA sememangnya berat terutama dalam mendepani pelbagai cabaran bagi memastikan anak didiknya terus melakar kecemerlangan diri selain dapat berbakti semula kepada masyarakat.
Pendidikan agama ialah nadi utama dalam pembentukan negara bangsa dan menerusi pelan yang komprehensif Malaysia mampu melahirkan modal insan terbaik sesuai dengan kehendak global.
Bersempena Hari Guru tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengangkat tema ‘Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani’ dan memberi fokus kepada peralihan pendidikan digital.
Tema tersebut sejajar dengan usaha kerajaan yang ingin melaksanakan perubahan pendidikan digital sesuai dengan keperluan masyarakat dunia pada hari ini.
Perubahan dunia pada hari ini yang memberi fokus dalam kecerdasan buatan (AI) dan kini teknologi tersebut turut diaplikasi bagi mendidik anak murid.
Walaupun peralihan teknologi sedang berlaku, guru-guru ternasuk guru-guru KAFA antara insan yang akan mencuba sedaya upaya memastikan pelajar dapat beradaptasi dan memahami setiap perkara dalam silibus pelajaran mereka.
COMMENTS