Siri 15 Tazkirah KAFA - Iktikaf Sepuluh Terakhir Ramadan

SHARE:

Ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan penuh mujahadah melebihi hari-hari lain dalam bulan Ramadan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam....

Siri 15 Tazkirah KAFA

Allah Subhanahu wa-Ta’ala melipat gandakan ganjaran pahala pada bulan Ramadan terutamanya pada sepuluh terakhir pada bulan ini. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri memperbanyakkan ibadah dan amal soleh seperti solat-solat sunat, bacaan al-Quran, berzikir, berdoa, bersedekah dan beriktikaf. Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam surah al-Baqarah, ayat 187:

Yang bermaksud: “Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu campuri isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukum-Nya kepada sekelian manusia supaya mereka bertakwa.”

Di antara ibadah yang sangat diambil berat oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada sepuluh terakhir Ramadan ialah ibadah iktikaf. Amalan  beriktikaf bermula pada malam 21 Ramadan, hendaklah berada di masjid sebelum waktu maghrib, berakhir pada malam raya dan yang lebih afdalnya mengakhirkan iktikaf tersebut selepas menunaikan solat sunat hari raya Aildilfitri. Ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan penuh mujahadah melebihi hari-hari lain dalam bulan Ramadan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam hadis riwayat daripada Imam Muslim: 

Yang bermaksud: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersungguh-sungguh pada 10 terakhir tidak seperti bulan-bulan yang lain.”

Kebanyakkan masyarakat kita memahamkan bahawa iktikaf Ramadan itu sekadar hadir seketika ke masjid sama ada pada malam atau siang, sedangkan hakikatnya yang dimaksudkan iktikaf 10 terakhir Ramadan yang diamalkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah beriktikaf penuh sepuluh hari terakhir Ramadan tanpa keluar daripada masjid, melainkan dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan bagi keperluan diri seseorang. Amalan tersebut dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam secara berterusan sehingga kewafatannya dan kemudiannya diteruskan oleh isteri-isteri baginda. Bahkan baginda Sallallahu Alaihi Wasallam melakukannya pada tahun terakhir sebelum kewafatannya dengan beriktikaf selama dua puluh hari seperti hadis Imam alBukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radiallahu Anha:

Yang bermaksud: “Bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan iktikaf setiap bulan Ramadan selama sepuluh hari, maka ketika di tahun menjelang wafatnya, Rasulullah beriktikaf dua puluh hari. Dan isteriisterinya beriktikaf setelah itu.

Oleh itu, marilah kita berusaha sedaya upaya mengikuti sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan beriktikaf pada sepuluh terakhir bulan Ramadan. Amalan ibadah iktikaf seperti ini hendaklah kita menghidupkannya kembali kerana amalan ini dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam setiap tahun.

Antara rahsia dan hikmah iktikaf di masjid, kita dapat beruzlah (mengasingkan diri) untuk sementara waktu daripada kesibukan dunia. Dengan itu, kita dapat meluangkan banyak masa berfikir tentang kebesaran dan keagungan Allah Subhanahu wa-Ta’ala di samping bermuhasabah terhadap diri sendiri. Masa lapang beriktikaf di masjid dapat dimanfaatkan dengan bacaan al-Quran, bertadarus dan bertadabbur. Kita juga mempunyai waktu untuk melakukan solat-solat sunat seperti tahajud, solat taubat, solat hajat, solat tasbih dan lain-lain lagi dengan tenang dan khusyuk tanpa sebarang gangguan. Inilah kelebihan iktikaf dalam membina hubungan kerohanian dengan Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

Kelapangan masa semasa beriktikaf dapat diisi juga dengan zikir-zikir dan doa-doa dapat membina jiwa yang murni dan luhur. Zikir juga adalah makanan ruh yang menguatkan keimanan dan tautan hubungan serta kasih sayang dengan Allah yang tidak dapat dirasai dan dinikmati melainkan oleh mereka yang menghayatinya dengan pengalaman sendiri.

Semoga dengan penghayatan dan kesungguhan kita beribadah pada sepuluh terahir Ramadan akan menjadi asbab untuk mendapat kemuliaan malam Lailatul qadar. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengajar saidatina Aisyah berdoa pada malam Lailatul qadar seperti hadis Imam al-Tirmizi:

Yang bermaksud: “Ya Allah, Engkau Maha Pengampun, menyukai orang yang minta ampunan, maka ampunilah aku.”

Marilah kita bersama-sama menghidupkan sepuluh terakhir Ramadan dan Lailatul qadar dengan ibadah dan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Semoga dengan ibadah tersebut, kita akan dikurniakan syurga dan diampunkan dosa-dosa yang lepas. Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam surah al-Baqarah, ayat 21:

Yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.”

Sumber Khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang 14/4/2023


COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,4,Buku,31,Guru KAFA,145,Ihtifal,11,Info KAFA,654,Jadual,36,JAIP,122,JAKIM,135,Jawatan Kosong,1,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,4,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,55,Pergukafa,94,Persatuan,2,Program,232,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,3,Tazkirah KAFA,19,UPKK,159,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Siri 15 Tazkirah KAFA - Iktikaf Sepuluh Terakhir Ramadan
Siri 15 Tazkirah KAFA - Iktikaf Sepuluh Terakhir Ramadan
Ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan penuh mujahadah melebihi hari-hari lain dalam bulan Ramadan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam....
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjx48UjxvA0phfJXQE-K_uiLnZ1FgNbD9QDuF6Cu4htiS_U42p1GMuhU4CTlf4IJRA9M_1sOm8cUs-gCoJGw2CF97OnfJp5QoBztZRll5XX_J7tw5Fn82QO6JvJcwW-7dvAcqEEOIzu--43gE7ftKnfSZTZzVAifjLJ5FLey-2z8gy_-OPBkrPIb-xX/s16000/malam%20lailatul%20qadar.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjx48UjxvA0phfJXQE-K_uiLnZ1FgNbD9QDuF6Cu4htiS_U42p1GMuhU4CTlf4IJRA9M_1sOm8cUs-gCoJGw2CF97OnfJp5QoBztZRll5XX_J7tw5Fn82QO6JvJcwW-7dvAcqEEOIzu--43gE7ftKnfSZTZzVAifjLJ5FLey-2z8gy_-OPBkrPIb-xX/s72-c/malam%20lailatul%20qadar.jpg
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2023/04/siri-15-tazkirah-kafa-iktikaf-sepuluh.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2023/04/siri-15-tazkirah-kafa-iktikaf-sepuluh.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :