Satu inisiatif bantuan zakat yang diberikan kepada semua pelajar-pelajar pemastautin Negeri Pahang yang sedang mengikuti pengajian diperingkat...
Satu inisiatif bantuan zakat yang diberikan kepada semua pelajar-pelajar pemastautin Negeri Pahang yang sedang mengikuti pengajian diperingkat Diploma/ Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta serta Tahfiz/ Pondok. Pemohon yang telah memperolehi keputusan peperiksaan terkini sahaja yang layak mohon bantuan ini.
Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan Dermasiswa?
Pemohonan bantuan dermasiswa hendaklah dibuat secara online, sila klik pada pautan di bawah :
Siapakah yang layak untuk memohon Bantuan Dermasiswa?
Permohonan ini terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di pusat pengajian pondok, IPTA/S dalam dan Luar Negara.
Apakah syarat-syarat yang perlu ada untuk memohon Skim Bantuan Dermasiswa ini?
Antara syarat-syarat kelayakan ialah:-
- Beragama Islam
- Bermastautin di Negeri Pahang.
- Berumur tidak kurang daripada 13 tahun.
- Pemohon sedang mengikuti pengajian peringkat Tahfiz/Pondok atau Diploma atau Sarjana Muda ( mod pengajian sepenuh masa sahaja )
- Pemohon telah lulus peperiksaan tahun/semester pertama.
- Tidak layak bagi pemohon yang menerima elaun bulanan seperti IPG,KKM,KKTM,KPM,DiplomaLanjutan.
- Pemohon sekurang-kurangnya telah mencukupi 1 tahun pengajian bagi peringkat Tahfiz/Pondok.
- Tidak layak kepada pemohon yang mengikuti pengajian di peringkat STAM,asasi, matrikulasi, diploma lanjutan, sarjana muda dan Ph.D.
- Setiap permohonan adalah bagi pengajian tahun semasa sahaja.
Bilakah tarikh permohonan Bantuan Dermasiswa online ini akan dibuka dan tarikh ditutup permohonan tersebut?
Permohonan ini akan dibuka pada Januari tiap-tiap tahun dan akan ditutup pada bulan 31hb Mei. Setiap pemohon hendaklah menghantar kesemua dokumen berdasarkan senarai semak ke Ibu Pejabat MUIP selewat-lewatnya pada tarikh tutup permohonan.
Apakah dokumen yang mesti disertakan semasa menghantar borang pengesahan?
Pemohon hendaklah menghantar dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:-
- Borang pengesahan yang telah lengkap,
- Salinan kad pengenalan,
- Salinan keputusan peperiksaan yang terkini.
Berapakah Jumlah bantuan yang akan diluluskan kepada setiap pelajar?
- Diploma/ Ijazah (Pengajian Islam) – RM 1,200
- Diploma/ Ijazah (Lain-Lain Pengajian) – RM 800
- Mesir (Pengajian Islam) -RM6,000 hingga RM9,000
- Jordan (Pengajian Islam)-RM 7,000 hingga RM 10,000
- Lain-Lain Negara – RM 1,000 hingga RM 4,000
Berapa tempon proses Permohonan Bantuan Dermasiswa IPT/ Pondok akan diumumkan?
Proses semakan dan kelulusan akan dibuat dalam masa 17 hari daripada tempoh penghantaran dokumen di Ibu Pejabat. Pemohon juga boleh menyemak sendiri di laman web zakat4pengajian dengan log masuk menggunakan id pemohon.
Apakah kursus pengajian yang layak untuk memohon Bantuan Dermasiswa IPT/ Pondok?
Bantuan Dermasiswa akan diberikan kepada semua bidang pengajian di peringkat pondok, diploma dan sarjana muda dalam Negara (mod pengajian sepenuh masa sahaja) manakala hanya bidang Pengajian Islam dan perubatan sahaja diberikan kepada pemohon yang mengikuti pengajian di luar Negara.
Bagaimana jika telah mendapat pinjaman Yayasan Pahang, adakah layak memohon?
Anda layak memohon dan semua permohonan Bantuan Dermasiswa akan dibawa ke mesyuarat untuk dipertimbangkan. Pada kebiasaannya MUIP tetap akan memberi bantuan kepada pemohon yang mempunyai pinjaman atau tajaan daripada mana-mana pihak. Walaubagaimanapun ia tetap bergantung kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa
Jika pernah mendapat bantuan Dermasiswa tahun lepas adakah layak lagi untuk memohon tahun ini?
Skim Bantuan Dermasiswa boleh dipohon setiap tahun sepanjang tempoh pengajian.
Jika masih belajar di IPT dab masih di semesta pertama adakah layak memohon?
Tidak Layak. Bagi pelajar baru mendaftarkan diti ke IPTA/S dan boleh memohon Bantuan Awal IPT melalui Zakat4Pengajian.muip.gov.my (Klik sini). Skim Bantuan Demrmasiswa layak dipohon pada semester ke-2/tahun kedua pengajian setelah lulus dan mendapat keputusan semester/tahun 1
Bagaimana jika mempunyai ramai adik beradik yang ramai belajar di IPT, adakah bantuan Dermasiswa ini layak diberikan kepada setiap orang?
Ya. Bantuan ini bersifat individu dan diberikan kepada setiap pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MUIP.
Maklumat lanjut boleh terus ke pautan di bawah :
Sumber : Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
COMMENTS