Selamat Bercuti Penggal ke 3 Sesi 2022/2023

SHARE:

Selamat Bercuti Penggal ke 3 Sesi 2022/2023 daripada kami Pergukafa Kuantan, penuhilah masa terluang bersama keluarga tersayang,,,

Selamat Bercuti Penggal ke 3 Sesi 2022/2023

Cuti sekolah adalah saat yang dinanti-nantikan oleh anak-anak kita yang bersekolah kerana mereka bebas daripada buku-buku pelajaran, aktiviti kokurikulum atau pun kelas tambahan. Inilah masanya untuk mereka berehat, berseronok dan melakukan sesuatu yang disukai oleh mereka. 

Sebenarnya masa cuti persekolahan bukanlah untuk dihabiskan sepenuhnya dengan berseronok dan melupakan terus pelajaran sekolah. Ibu bapa mestilah merancang aktiviti yang dapat memanfaatkan masa cuti sekolah anak-anak mereka dengan sebaik-baiknya. Perlu diingat bahawa pada musim cuti sekolah inilah pelbagai peristiwa atau tragedi yang menyayat hati kerapkali berlaku seperti mati lemas, kemalangan jalanraya, penculikan kanak-kanak malah terdapat juga kes-kes jenayah yang dilakukan oleh remaja yang masih di bangku sekolah. 

Membiarkan anak-anak sendiri menguruskan masa cuti tanpa kawalan akan menyebabkan mereka mudah terjebak dengan aktiviti sosial yang merosakkan apatah lagi jika ia melibatkan perkara yang berkaitan dengan akidah seorang muslim. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari :

Yang bermaksud: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua-dua ibu bapanyalah yang akan menjadikan anak itu seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi".

Masa itu ibarat emas. Ungkapan ini biasa disebut-sebut bagi menggambarkan betapa masa itu sangat berharga. Namun kebanyakan kita kadang-kadang terlupa dan terleka untuk memanfaatkan nikmat masa lapang dan kesihatan tubuh badan dengan sebaik-baiknya. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:

Yang bermaksud: "Dua nikmat yang sering memperdaya manusia; kesihatan dan kelapangan masa".

Ketahuilah bahawa orang yang bijak mengurus masa dengan melakukan perkara yang berfaedah adalah orang yang berjaya. Sebaliknya orang yang lalai dan membuang masa adalah orang yang rugi. Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-'Asr ayat 1 hingga 3:

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

وَٱلۡعَصۡرِ١  إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ٢  إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ٣


Yang bermaksud: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".

Amanah ibu bapa bukan hanya setakat memenuhi keperluan fizikal dan pendidikan anak-anak tetapi yang lebih utama ialah menyemai dalam diri mereka nilai-nilai agama sejak daripada kecil lagi. Kita hendaklah mengambil contoh Luqman al-Hakim mendidik anak-anaknya. Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam surah Luqman ayat 17 :

يَٰبُنَيَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ ١٧


Yang bermaksud: “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) daripada yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya perkara itu urusan yang perlu diambil berat dengan penuh keazaman.”

Terdapat bermacam-macam aktiviti yang boleh dirancang dan dilaksanakan pada musim cuti persekolahan anak-anak antaranya: Mengajak mereka menunaikan solat fardhu lima waktu sepenuhnya secara berjemaah di masjid kerana ia adalah asas bagi segala amalan yang baik. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud:

Yang bermaksud: ”Suruhlah anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka ketika mereka berumur sepuluh tahun jika mereka enggan menunaikan solat dan pisahkan tempat tidur mereka.”

Bimbinglah anak-anak kita untuk mempelajari al-Quran. Ajaklah mereka membantu kerja-kerja di rumah. Bawalah mereka menziarahi sanak saudara.Pergilah melancong bersama-sama mereka agar mereka berpeluang untuk melihat dan mengenali dunia luar. Anak-anak juga boleh dihantar untuk menyertai kursus jangka pendek seperti kelas ICT, kelas fadhu ain, kem solat, kelas-kelas kemahiran atau apa sahaja aktiviti yang bersesuaian yang boleh memberi nilai tambah kepada pembentukan jati diri anak-anak kita.

Ibu bapa hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak kerana doa ibu bapalah boleh menyebabkan kehidupan anak dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada segala bencana. Marilah kita hayati firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam surah al-Furqan ayat 74:

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٖ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا  ٧٤

Yang bermaksud: “Dan mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah daripada isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.”

Sumber : Petikan Khutbah Negeri Pahang (09/12/2022) 

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,4,Buku,31,Guru KAFA,145,Ihtifal,11,Info KAFA,654,Jadual,36,JAIP,122,JAKIM,135,Jawatan Kosong,1,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,4,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,55,Pergukafa,94,Persatuan,2,Program,232,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,3,Tazkirah KAFA,19,UPKK,159,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Selamat Bercuti Penggal ke 3 Sesi 2022/2023
Selamat Bercuti Penggal ke 3 Sesi 2022/2023
Selamat Bercuti Penggal ke 3 Sesi 2022/2023 daripada kami Pergukafa Kuantan, penuhilah masa terluang bersama keluarga tersayang,,,
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGmCIcbsAy1fcFK-v3V1hleHnoVrx8yE3gv0M_JZbfXYQhTeW17PXXrH5YEk7vpSHXJeqwIz4Bwt-qnzDiFiiGVz-5c592vRX-d1Yo1ZbYEFUGG8a5tX86Vptg5O_njUddICT6lCSGMCugn4cJGQqurJH9t2bPyKPzwr-bytmPKGOfLLheIlrq3yyU/w640-h640/Selamat%20Bercuti.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGmCIcbsAy1fcFK-v3V1hleHnoVrx8yE3gv0M_JZbfXYQhTeW17PXXrH5YEk7vpSHXJeqwIz4Bwt-qnzDiFiiGVz-5c592vRX-d1Yo1ZbYEFUGG8a5tX86Vptg5O_njUddICT6lCSGMCugn4cJGQqurJH9t2bPyKPzwr-bytmPKGOfLLheIlrq3yyU/s72-w640-c-h640/Selamat%20Bercuti.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2022/12/selamat-bercuti-penggal-ke-3-sesi.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2022/12/selamat-bercuti-penggal-ke-3-sesi.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :