Pendakian mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dengan jarak lebih kurang 4.4km. Sampai dipuncak Bukit Pelindung kira-kira jam 9.45 pagi...
Tengok cuaca pada sebelah pagi dengan hujan renyai-renyai pada mulanya, Alhamdulillah bermula program hingga akhir cuaca mendung cerah dan tidak hujan.
Program hiking Bukit Pelindung bermula jam 7.30 pagi hingga jam 11.00 pagi. Seramai lebih 50 orang ahli Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan dan ahli keluarga telah menyertai program outdoor yang julung kali diadakan ini.
Program bermula dengan sesi taklimat oleh AJK biro Kebajikan dan Sosial iaitu Ustaz Abdul Halim bin Abdullah. Peserta lelaki bergerak mendaki secara berkumpulan dan selepas itu peserta perempuan pula menyusuli.
Pendakian mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dengan jarak lebih kurang 4.4km. Sampai dipuncak Bukit Pelindung kira-kira jam 9.45 pagi, Selesai program pihak persatuan telah menyediakan sarapan pagi untuk dinikmati bersama.
Terima kasih kasih kepada semua peserta yang hadir dan diharapkan selepas ini akan banyak lagi aktiviti outdoor yang boleh dianjurkan oleh persatuan untuk ahlinya.
Gambar-Gambar Sekitar Program Hiking Bukit Pelindung Bersama Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan.
COMMENTS