KENYATAAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) BERKENAAN PINDAAN TARIKH UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022 1. Adalah di...
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
PINDAAN TARIKH UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022
1. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah bersetuju untuk meminda tarikh pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) (Bertulis) seperti yang dijadualkan pada 14 hingga 17 November 2022.
2. Tarikh baharu pelaksanaan UPKK (Bertulis) adalah seperti berikut:
i. Ulum Syariah (Akidah Dan Ibadah) pada 14 November 2022 (Isnin) DIPINDA PADA 28 November 2022 (Isnin)
ii. Sirah Jawi Dan Khat pada 15 November 2022 (Selasa) DIPINDA PADA 29 November 2022 (Selasa)
iii. Adab pada 16 November 2022 (Rabu) DIPINDA PADA 30 November 2022 (Rabu)
iv. Lughah Al-Quran pada 17 November 2022 (Khamis) DIPINDA PADA 1 Disember 2022 (Khamis)
3. Pindaan ini dibuat bagi memberi ruang persediaan dan pelaksanaan Pilihanraya Umum ke 15 yang berlangsung pada 19 November 2022.
4. JAKIM amat prihatin dan mengambil berat dengan keputusan yang telah ditetapkan serta amat menghargai komitmen semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan UPKK kali ini.
Sekian, terima kasih.
DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
27 Oktober 2022
Berikutan dengan Pilihanraya 15 pada 19 November 2022 ini, pihak JAKIM telah bersetuju meminda tarikh UPKK 2022 (14 - 17 November 2022) ke tarikh baru iaitu 28 Novemver 2022 hingga 1 Disember 2022 seperti jadual di bawah.
COMMENTS