Pergukafakuantan.com - Buku Jawab Untuk Cemerlang (JUC) UPKK 2022 kini telah diedarkan untuk semua pusat UPKK bagi seluruh Negeri Pahang. Bu...
Pergukafakuantan.com - Buku Jawab Untuk Cemerlang (JUC) UPKK 2022 kini telah diedarkan untuk semua pusat UPKK bagi seluruh Negeri Pahang. Buku JUC 2022 ini merupakan edisi ke-7 diterbitkan. Buku JUC ini mula diperkenalkan sejak tahun 2014 lagi.
Unit SAR dan KAFA JAIP
Buku ini merupakan terbitan UNIT SAR & KAFA Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Ia merupakan koleksi soalan UPKK, rumusan dan statistik JUC terkini bermula tahun 2015 hingga tahun 2021. Ia diberi secara percuma kepada setiap calon UPKK yang berdaftar negeri Pahang.
Tahniah dan terima kasih kepada UNIT SAR & KAFA Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) atas daya usaha ini, ia bertujuan bagi untuk meningkatkan lagi pencapaian UPKK Negeri Pahang bagi tahun 2022 ini.
Tahniah kepada JU (Jurulatih Utama)
Tahniah juga kepada JU UPKK yang berusaha keras menyiapkan buku ini setiap tahun, ini merupakan tahun ketujuh buku JUC ini diterbitkan. InsyaAllah selepas ini program JUC akan bermula bagi setiap daerah dalam negeri Pahang. Bagi daerah Kuantan akan berlangsung mengikut zon yang akan ditetapkan.
Semoga Berjaya
Semoga apa yang telah diusahakan akan membuahkan hasil yang cemerlang bagi setiap calon UPKK negeri Pahang 2022 nanti.
COMMENTS