Aplikasi sistem pemarkahan kelas KAFA ini dikenali dengan nama ezMARKAH. Ia merupakan edisi terkini iaitu versi 1.6 update dari versi sebelu...
Aplikasi sistem pemarkahan kelas KAFA ini dikenali dengan nama ezMARKAH. Ia merupakan edisi terkini iaitu versi 1.6 update dari versi sebelum ini ezMARKAH v1.5. Ia dinamakan ezMARKAH kerana mudah dan simple digunakan, hanya plug dan play sahaja.
ezMARKAH v1.6 ini sesuai untuk digunakan bagi pemarkahan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun KAFA dan boleh digunakan setiap tahun. Boleh digunakan disemua SAR KAFA atau pun SK. Ia dalah PERCUMA sahaja kepada yang berminat hendak menggunakannya.
Aplikasi ini dibangunkan hanyalah sebagai alternatif personal sebagai perkongsian bersama Guru-Guru KAFA bagi memudahkan dan melancarkan kerja-kerja berkaitan dengan pemarkahan peperiksaan KAFA yang agar sukar jika mengira semua itu secara manual.
InsyaAllah untuk versi kali bebas kesalahan terutamanya formula setelah menerima respon daripada pengguna ezMARKAH sebelum ini. Ia terus diperbaiki dan disemak berulang kali. InsyaAllah ia lebih stabil dan menarik untuk diterokai lantas menggunakan aplikasi ezMARKAH ini.
Konsep penggunaan adalah sama seperti ezMARKAH v 1.5 untuk peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun KAFA sebelum ini , sila rujuk post berikut :
🔍ISI KANDUNGAN ezMARKAH v1.6
- Home
- Maklumat
- Daftar Pelajar
- Markah Keseluruhan
- Analisa Gred
- Slip Peperiksaan Kelas KAFA (Jawi)
Home
Home seperti gambar di atas merupakan tool tambahan terbaru dalam ezMARKAH ini. Ia mengandungi logo main point kepada semua tool yang di dalam ezMARKAH ini.
Maklumat
ezMARKAH v1.6 adalah sama seperti ezMARKAH v1.5. Ia merupakan asas maklumat awal dalam ezMARKAH. Anda hanya perlu tukar semua maklumat di atas kepada maklumat sekolah atau KAFA anda. Ia dijana secara automatik ke semua bahagian dalam ezMARKAH.
Pembaharuan dalam "maklumat" ini adalah menggunakan "Navbar Menu" untuk berhubung dengan bahagian lain, ala-ala menu website gitu....
Lebih padat dan ceria serta colorfull sehingga anda seronok melakukan kerja menggunakannya.
Daftar Pelajar
Anda TIDAK DIGALAKKAN taip satu-persatu "NAMA dan No. IC", untuk mengelakan sebarang kesalahan, tertinggal ke salah nama ke, salah ic ke. Download semua data dari SIMPENI ke dalam laptop atau PC anda dan copy paste data nama dan ic dalam ezMARKAH.
Anda hanya perlu isi di bahagian "NAMA" dan "NO. IC" sahaja. Jantina dijana secara auto, jika nombor akhirnya ganjil "itulah adalah bagi lelaki (L)", jika nombor akhirnya "genap itu adalah bagi perempuan (P)".
Markah Keseluruhan
Di bahagian markah ini anda hanya perlu isi markah dan kedatangan sahaja, di ruang lain ia dijana secara automatik.
Analisa Gred
Bahagian ini juga dijana sepenuhnya secara automatik, anda tidak perlu berbuat apa-apa. Ia adalah analisa gred, peratus semua subjek peperiksaan KAFA untuk rujukan anda.
Slip Peperiksaan Kelas KAFA
Bahagian slip ini juga dijana secara automatik sepenuhnya. Sila pilih "Spin Button" nama dan nombor kira atau kanan untuk mencetak slip peperiksaan.
📥MUAT TURUN / DOWNLOAD
Fail yang terkandung dalam muat turun:
- ezMARKAH v1.6
- Borang Markah Kosong Percubaan UPKK
- Software Jawi UKM
- Panduan ezMARKAH v1.6
Sila daftar dalam Google Form pada link di bawah untuk mendapatkan LINK DOWNLOAD dan PASSWORD EXCEL. Link dan password akan diberikan secara automatik melalui emel sebaik sahaja anda submit pendaftaran tersebut.
Bagi pengguna lama ezMARKAH sila daftar semula untuk mendapatkan versi 1.6 ini. Aplikasi ini adalah serba baru dari sebelumnya, pasti anda teruja menggunakannya.
Berminat juga hendak mencuba ezMARKAH v3.0 khas untuk peperiksaan percubaan UPKK anda boleh dapatkannya dalam link di bawah :
Pendaftaran ini bertujuan untuk rekod dan analisa penggunaan ezMARKAH ini sahaja.
- [message]
- 📢📢📢PERHATIAN!!!
- JANGAN GUNA TELEFON BIMBIT ANDA UNTUK MENDOWNLOAD, SILA DOWNLOAD DAN BUKA MENGGUNAKAN PC ATAU LAPTOP ANDA. KERANA KITA MELAKUKAN KERJA KEYIN DATA INI DALAM EXCEL.
ezMARKAH v1.6
Seperti penerangan semua di atas.
Borang Markah Kosong
Turut disediakan dalam folder di atas borang kosong bagi memudahkan penanda kertas jawapan mengisi markah sebelum di keyin dalam ezMARKAH. Sila print untuk diberi kepada guru penanda kertas jawapan.
Software Jawi UKM
Dalam folder muat turun juga disertakan dengan Software JAWI UKM kerana ezMARKAH menggunakana tulisan jawi ini. Jawi ini boleh digunakan dalam semua hal jika perlu seperti word, photoshop, edit video semua boleh guna font jawi ini.
Jika tiada sila install software dan font jawi tersebut. Rujuk sini cara install software dan font Jawi UKM.
Panduan ezMARKAH v1.6
Anda perlu baca panduan ringkas yang terdapat dalam folder muat turun tersebut, jika ada masalah berkaitan dengannya.
📝DAFTAR UPDATE ezMARKAH v1.6
- versi 1.0 - 12/7/2022
- New: mula dilancarkan
- New: versi percubaan
- versi 1.1 - 14/7/2022
- New: tambah menu go to
- versi 1.2 - 15/7/2022
- Fixed: buang menu go to
- Fixed: kesalahan formula di slip
- versi 1.3 - 17/7/2022
- New: major update
- New: buang beberapa sheet
- New: colorfull
- New: lebih simple dan padat
- versi 1.4 - 18/7/2022
- New: tambah password winrar
- New: protect sheet
- versi 1.5 - 19/7/2022
- Fixed: baiki formula slip
- Fixed: baiki formula (KDD) kedudukan dalam kelas
- New: password winrar diberi secara automatik selepas daftar.
- versi 1.6 - 7/8/2022
- New - major update
- New - home (logo)
- New - navbar menu ke semua sheet.
- New - slip peperiksaan (tool preview, printer dan spin button)
- New - protect security
- Fixed - formula markah dan slip
Harap-harap versi 1.6 dah last update dah😃 penat weh update-update ni, berpinor bijik mata 👀 nak semak semula semua formula dalam tu.
😤MASALAH DAN CARA MENYELESAIKANNYA
Ada ada mengalami masalah seperti berikut :
- Tidak boleh downlod sekat kata virus
- Tak boleh buka, perlu password
- Tak tahu cara download dari SIMPENI
- Tak tahu cara copy paste dari laptop
- Nombor ic keluar tanda petik ( ' ) atau sebegini "1.10107E+11"
- Data hilang selepas isi tutup ezMARKAH
- Tidak boleh print, margin lari, slip berselerak
Kini tak lagiiiiii....... semua masalah di atas saya telah sediakan video dan panduan cara mengatasinya di bawah. Sila baca dalam description dan pilih chapter untuk melihat video di mana masalah dan cara menyelesaikannya.
VIDEO DALAM PROSES PEMBIKINAN, ANDA BOLEH RUJUK VIDEO-VIDEO DALAM POST DI BAWAH DAHULU:
Harus diingatkan satu ezMARKAH hanyalah untuk satu kelas sahaja, jika banyak kelas, contohnya tahun 1, tahun 2, tahun 3 dan seterusnya... sila copya paste dalam satu folder lain dan rename (tukar nama) contonya : ezmarkah tahun 1, ezmarkah tahun 2 dan seterusnya.
🚫PENUTUP
Jika terdapat update atau kemas kini versi terkini, sila download dan copy paste dalam PC atau laptop anda, Pastikan anda penyimpan semua data dalam folder yang lain. Tujuan update adalah untuk naik taraf atau membaiki jika terdapat kesalahan dalam sistem ini.
"TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG TELAH BERJAYA MENGGUNAAN ezMARKAH v1.6 VERSI TERKINI INI".
- [message]
- 👉 PENAFIAN :
- Sistem ezMARKAH ini adalah sebagai alternatif personal sebagai perkongsian bagi memudahkan Guru-Guru KAFA untuk mengisi, mengira, menggred markah Peperiksaan Kelas KAFA sahaja, Ia TIADA KAITAN dengan mana-mana Jabatan ataupun pihak JAKIM. Terima kasih, semoga ia bermanfaat untuk kita semua.
COMMENTS