Daripada kami Persatuan Guru-guru SAR KAFA Daerah Kuantan, doa akhir tahun 1443h, doa awal tahun 1444h...
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1444 Hijrah daripada kami AJK Persatuan Guru-Guru Sar Kafa Daerah Kuantan. Semoga tahun baru ini akan menjadikan kita lebih baik dari tahun sebelumnya.
Doa Akhir Tahun 1443 Hijrah
Dibaca 3 kali selepas waktu asar sebelum masuk waktu maghrib akhir bulan zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
Doa Awal Tahun 1444 Hijrah
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH DAN AWAL TAHUN HIJRAH
kalau kita tak ke masjid atau surau, kita kumpulkan keluarga kita doa bersama-sama... InsyaAllah.
COMMENTS