Guru yang menggunakan pelajar-pelajar mereka sebagai bahan kandungan untuk meraih jumlah tontonan di aplikasi TikTok.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius berhubung trend guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang menggunakan pelajar-pelajar mereka sebagai bahan kandungan untuk meraih jumlah tontonan di aplikasi TikTok.
Semua aktiviti melibatkan sesi pembelajaran dan pengajaran antara guru dengan murid mestilah berpandukan kepada silibus sedia ada.
Sesi pembelajaran tidak sepatutnya berlaku tanpa kebenaran pihak yang berkaitan sama ada Bahagian Pendidikan Jakim, ibu bapa atau murid itu sendiri.
Kalau tujuan dia (guru KAFA) buat TikTok itu untuk pembelajaran, itu mungkin boleh dibincangkan dari sudut prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan.
Tetapi, kalau untuk kepentingan dia sendiri, itu adalah satu perkara yang diluar kerangka etika sebagai seorang guru KAFA.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary selepas merasmikan K’Late Gold Fest 2022 dan Pelancaran Aplikasi E-DND di Kota Bharu.
Sumber
COMMENTS