ezMARKAH v 1.5 Sistem Pemarkahan Peperiksaan KAFA

SHARE:

ezMARKAH v 1.5 edisi kemas kini dari versi sebelumnya. Ia merupakan satu sistem yang simple dan ringkas menggunakan Microsoft Excel tanpa ko...

ezmarkah versi 1.5

ezMARKAH v 1.5 edisi kemas kini dari versi sebelumnya. Ia merupakan satu sistem yang simple dan ringkas menggunakan Microsoft Excel tanpa koding VBA, sesiapa sahaja boleh buat sebenarnya. Ia sesuai untuk digunakan dalam pemarkahan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun KAFA.

Ianya amat mudah anda hanya perlu mengisi nama, nom kad pengenalan dan markah pelajar sahaja. Bahagian lain seperti jumlah pelajar lelaki perempuan, jumlah markah, peratus, gred, kedudukan dalam kelas, analisa gred serta slip peperiksaan (jawi) ia dijana secara automatik. Anda tidak perlu mengisi dan mengira secara manual lagi.
  • [message]
    • 👉 PENAFIAN :
      • Sistem ezMARKAH ini adalah sebagai alternatif personal sebagai perkongsian bagi memudahkan Guru-Guru KAFA untuk mengisi, mengira menggred markah Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun KAFA sahaja, tiada bersangkut paut dengan mana-mana Jabatan ataupun pihak JAKIM.
Sistem ezMARKAH ini adalah ORIGINAL dari koleksi Admin yang telah digunakan sejak 11 tahun yang lalu lagi. Ianya adalah PERCUMA untuk semua dan boleh dikembangkan atau diedit oleh sesiapa sahaja mengikut kreativiti dan keperluan KAFA masing-masing. Jom sama-sama kita bangunkan KAFA.

Gambar bawah ni adalah sistem lama tak nama apa lagi, pasti ada kafa masih menggunakannya termasuk KAFA Admin.

sistem markah

Dinamakan ezMARKAH kerana ianya simple dan senang digunakan. ezMARKAH merupakan basic seperti di atas juga tetapi telah diupgrade pada bahagian tertentu. Jom kita lihat apa yang ada dalam ezMARKAH v 1.5 sekarang ini. 

ezMARKAH ini lengkap dengan video tutorial atau panduan bagaimana cara menggunakan dan mengatasi masalah biasa terjadi dalam ezMARKAH ini. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

🔍PENGENALAN ezMARKAH


  • [message]
    • ##check##  PERHATIAN !!!
      • Jangan skip, sila baca dan tengok betul-betul arahan dan video serta password yang telah disediakan. Bagi pangguna lama sila update ke versi terkini di bawah. 

📚BAHAGIAN ezMARKAH v 1.5

  1. Maklumat
  2. Daftar Pelajar
  3. Markah dan Keputusan Penuh
  4. Analisa Gred
  5. Slip Peperiksaan (Jawi)

🏠MAKLUMAT

Ia seperti gambar pertama di atas. Ia merupakan home point kepada semua data dalam ezMARKAH. Anda hanya perlu tukar semua data di atas kepada data sekolah atau KAFA anda. Ia akan terus dijana secara automatik ke bahagian lain.

📝DAFTAR PELAJAR

ezMARKAH v 1.5

Anda TIDAK DIGALAKKAN taip satu persatu "NAMA dan No. IC", untuk mengelakan sebarang kesalahan, tertinggal ke salah nama ke, salah ic ke. Download semua data dari SIMPENI ke dalam laptop atau PC anda dan copy paste data nama dan ic dalam ezMARKAH.

Anda hanya perlu isi di bahagian "NAMA" dan "NO. IC" sahaja. Jantina dijana secara auto, nombor akhirnya jika "ganjil bagi lelaki (L)", jika nombor akhir "genap bagi perempuan (P)". 

Sila lihat video di bawah cara download data dari SIMPENI untuk digunakan dalam ezMARKAH.

😤Masalah biasa berlaku :

Nombor ic keluar tanda ( ' ) petik pada awal nombor. Bagaimanakah cara untuk hilangkannya, sila lihat video di bawah ini.


Atau ic keluar seperti ini - "1.10107E+11", boleh rujuk dalam video di bawah cara untuk menghilangkannya:


Jika protect sheet DAFTAR PELAJAR tersebut sila unproted sheet tersebut. Sila lihat cara video unprotect sheet di bawah sekali. Password Unprotect Sheet 🔒"DAFTAR PELAJAR" ialah 🔓 J55.
  • [message]
    • ##warning##  PERHATIAN !!!...
      • JANGAN LUPA SAVE SECARA MANUAL SETIAP KALI SELESAI MENGISI DATA ATAU MARKAH.


📌MARKAH & KEPUTUSAN PENUH

ezmarkah v 1.5

Di bahagian markah ini anda hanya perlu isi markah dan kedatangan sahaja, di ruang lain ia dijana secara automatik.

Andai kata nak buang subjek kolum yang tidak perlu dalam boleh sahaja, dipersilakan ini semua hak anda dah.... tapi perlukan sedikit kemahiran excel untuk edit semua semua formula dalam markah, analisa dan slip. Semua formula kena edit. Hati-hati sila save data anda dalam folder lain sebelum edit.


📹VIDEO CARA TUKAR LOGO

  • [message]
    • ##warning##  PERHATIAN !!!...
      • JANGAN LUPA SAVE SECARA MANUAL SETIAP KALI SELESAI MENGISI DATA ATAU MARKAH.

📈ANALISA GRED

EZMARKAH V 1.5

Bahagian ini juga dijana sepenuhnya secara automatik, anda tidak perlu berbuat apa-apa. Ia adalah untuk rujukan anda.

📑SLIP PEPERIKSAAN

slip peperiksaan ezmarkah

Bahagian slip ini juga dijana secara automatik sepenuhnya. Sila semak betul-betul jika terdapat sebarang kesalahan yang tidak sama dengan markah atau kedudukan sebelum print slip ini
  • [message]
    • ##warning##  PERHATIAN !!!...
      • STEP AKHIR INI PENTING, SEBELUM PRINT SEMUA SLIP, SILA PRINT PREVIEW DAHULU UNTUK MELIHAT VIEW, LARI KE TIDAK. SILA AJUS SENDIRI SECARA MANUAL. IA PERLUKAN SEDIKIT KEMAHIRAN MENGGUNAKAN EXCEL.
Jika berubah atau lari sila edit sendiri margin tersebut dengan "Unprotect Sheet" dahulu dan ini passwordnya "J55". Setelah siap edit sila lock semula bagi mengelakkan formula dalam tersebut hilang.

Masalah font jawi mungkin akan terjadi - sila intall JAWI UKM dan font jawi dalam laptop anda, software JAWI UKM ada dalam fail muat turun tersebut. Cara install JAWI UKM rujuk sini.

⎙VIDEO CARA PRINT SLIP PEPERIKSAAN SLIP DALAM ezMARKAH

Di bawah adalah contoh slip yang telah siap diprint dan sedia untuk ditampal dalam Buku Rekod Peperiksaan :
ezmarkah📥MUAT TURUN
Fail yang terkandung dalam muat turun:
  1. ezMARKAH v 1.5
  2. Borang Markah Kosong
  3. Software Jawi UKM
  4. Panduan ezMARKAH

ezmarkah 1.5


Sila daftar dahulu untuk mendapatkan LINK DOWNLOAD dan 🔑PASSWORD 


ezMARKAH v3.0 versi KHAS UNTUK PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPKK BOLEH DOWNLOAD DI BAWAH :


Tujuan daftar adalah sebagai rekod dan analisa penggunaan ezMARKAH. 
  • [message]
    • ##warning##  👀 PERHATIAN !!!...
      • SILA DOWNLOAD DAN BUKA MENGGUNAKAN PC ATAU LAPTOP ANDA. JANGAN GUNA TELEFON BIMBIT ANDA.... KERANA KITA BUAT SEMUA KERJA KEYIN DATA DAN MARKAH ADALAH MENGGUNAKAN EXCEL.

📥VIDEO CARA DOWNLOAD DAN BUKA ezMARKAH

😒MASALAH MUAT TURUN:

  1. Pastikan anda telah berdaftar untuk mendapatkan password winrar secara automatik.
  2. Sila download menggunakan PC atau Laptop anda.
  3. Pastikan PC atau Laptop anda ada software winrar atau winzip untuk membuka fail tersebut. Password winrar akan diberikan sewaktu anda mendaftar.
  4. Jika terjadi seperti di bawah ini sila klik sebelah discard dan pilih keep.
ezmarkah v 1.5

👍TAMBAHAN / SARANAN

  1. Wajib install JAWI UKM dan Font Jawi tersebut. Semua sudah tersedia dalam fail muat turun.
  2. Sila print bahagian tertentu untuk di simpan dalam fail peperiksaan KAFA anda. Contohnya "MARKAH, GRED dan RUMUSAN".
  3. Sila print "SLIP" dua salinan, 1 untuk ditampal dalam buku rekod peperiksaan pelajar dan 1 salinan lagi untuk diberikan kepada ibu bapa pada hari pelaporan.
  4. Satu ezMARKAH untuk satu kelas, jika ada kelas banyak, contohnya tahun 1, ada 3 kelas, copy paste sahaja dan rename - Contohnya :  Tahun 1 (Saidina Abu Bakar), Tahun 1 (Saidina Umar) dan Tahun 1 (Saidina Uthman).
  5. Anda boleh juga tukar tulisan semua jawi dengan menggunakan jawi UKM terutama "Nama KAFA" dan "Kelas" untuk slip jawi sepenuhnya. Anda cuma perlu tukar dalam "MAKLUMAT" sahaja. (Cara guna jawi UKM rujuk sini).

🔓VIDEO CARA BUKA UNPROTECT SHEET DALAM ezMARKAH

🎓CARA TAMBAH KELAS DALAM ezMARKAH

📋DAFTAR UPDATE ezMARKAH

  • versi 1.0 - 12/7/2022
    • New: mula dilancarkan
    • New: versi percubaan
  • versi 1.1 - 14/7/2022 
    • New: tambah menu go to
  • versi 1.2 - 15/7/2022 
    • Fixed: buang menu go to
    • Fixed: kesalahan formula di slip
  • versi 1.3 - 17/7/2022 
    • New: major update
    • New: buang beberapa sheet
    • New: colorfull
    • New: lebih simple dan padat
  • versi 1.4 - 18/7/2022
    • New: tambah password winrar
    • New: protect sheet
  • versi 1.5 - 19/7/2022
    • Fixed: baiki formula slip
    • Fixed: baiki formula (KDD) kedudukan dalam kelas
    • New: password winrar diberi secara automatik selepas daftar.
Tiada yang sempurna kecuali Allah S.W.T. Update ini berdasarkan aduan penggunaan ezMARKAH. Ia akan diupdate dari masa ke semasa mengikut laporan yang diterima dari rakan pengguna ezMARKAH.

Sebenarnya anda boleh baiki dan kemas kini sendiri jika terdapat sebarang kesalahan. Basic formula excel adalah sama sahaja. Cuma perlu sedikit kemahiran excel dalam mencari di mana punca dan baiki masalah tersebut.
KEPADA PENGGUNA ezMARKAH VERSI LAMA SILA UPDATE VERSI TERKINI YANG LEBIH STABIL.

📅VERSI ezMARKAH

  1. ezMARKAH v 1.0 (Umum) percuma tanpa logo KAFA atau Sekolah
  2. ezMARKAH v 2.0 (Premium/Tempahan) ada logo kafa anda sendiri dan mengikut apa yang anda kehendakkan. Berminat, sila hubungi admin.
  3. ezMARKAH v 3.0 (Percubaan UPKK) - Telah disiap tunggu masa sesuai untuk dilancarkan.
Jika terdapat update atau kemaskini versi terkini, sila download dan copy paste dalam PC atau laptop anda (Pastikan anda simpan data lama dalam fail yang lain). Tujuan update atau kemaskini adalah untuk membaiki jika terdapat kesalahan dan tambah baik sistem.

"TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG TELAH BERJAYA MENGGUNAKAN ezMARKAH INI"
  • [message]
    • 👉  MAKLUM BALAS !!!...
      • JIKA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN ATAU KESALAHAN SILA HUBUNGI ADMIN SEGERA. JIKA POST INI BERMANFAAT MOHON SHARE SEBAGAI TANDA SOKONGAN ANDA TERIMA KASIH.

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,4,Buku,31,Guru KAFA,145,Ihtifal,11,Info KAFA,652,Jadual,36,JAIP,122,JAKIM,135,Jawatan Kosong,1,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,4,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,53,Pergukafa,94,Persatuan,2,Program,232,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,2,Tazkirah KAFA,19,UPKK,159,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: ezMARKAH v 1.5 Sistem Pemarkahan Peperiksaan KAFA
ezMARKAH v 1.5 Sistem Pemarkahan Peperiksaan KAFA
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0SfwJhnhmFKPasjty39t8E6Fn3QUTYgssvVUYJsUXtA9C93s1WpYHwlIPLvWat145EXkkPrJ96fU8FnHrPFb3v_wzMNTHoePWHVBZFBIMR5M2Lcn_JsGGi9ZrNBxR-mVYDeL5dO6qQQKWDY48pa2_29HqRZCD142hI1lWfWxVPGKF1f1hrldMy1YT/w640-h360/2022-07-19%2002%2011%2045.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0SfwJhnhmFKPasjty39t8E6Fn3QUTYgssvVUYJsUXtA9C93s1WpYHwlIPLvWat145EXkkPrJ96fU8FnHrPFb3v_wzMNTHoePWHVBZFBIMR5M2Lcn_JsGGi9ZrNBxR-mVYDeL5dO6qQQKWDY48pa2_29HqRZCD142hI1lWfWxVPGKF1f1hrldMy1YT/s72-w640-c-h360/2022-07-19%2002%2011%2045.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2022/07/ezmarkah-v-10-sistem-pemarkahan.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2022/07/ezmarkah-v-10-sistem-pemarkahan.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :