Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP iaitu Ustaz Zaidi Bin Ismail. Antara intipati KPP JAIP.
Alhamdulillah telah selesai berlangsungnya Mesyuarat Agung Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Negeri Pahang Kali Ke-30 setelah ditangguhkan pada 2 Mac 2022 yang lalu.
Mesyuarat ini telah diadakan pada tempat yang sama yang ditangguhkan dahulu iaitu di Dewan Padang Luas Majlis Daerah Bera. Mesyuarat ini telah berlangsung pada 26 Jun 2022 bermula dengan sesi pendaftaran pada jam 8:30 pagi.
Bagi ahli Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan telah menyewa sebuah bas bagi memudahkan ahli bersama-sama ke Bera. Seramai 40 orang ahli persatuan menaiki bas, Bas mula bergerak kira-kira jam 7:00 pagi dari perkarangan Masjid Masjid Bukit Rangin. Team Pergukafa Kuantan sampai ke Bera kira-kira jam 9:00 pagi.
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan kata-kata aluan dari Pengerusi Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Negeri Pahang iaitu Ustaz Harmizi Bin Hanafi.
Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP iaitu Ustaz Zaidi Bin Ismail.
Antara intipati ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP adalah :
- Mengenai skim pinjaman buku teks.
- Soalan pertengahan tahun 2022 telah diedarkan.
- Buku JUC sesi 2022 untuk pelajar UPKK Negeri Pahang dalam penilain dan penelitian. Ia akan diedarkan tidak lama lagi.
- JAIP akan mengadakan kursus dan bengkel untuk guru-guru KAFA, setiap guru perlu berkemahiran dalam menempuhi cabaran mengajar zaman ini.
- Persatuan dan Penyelia harus bekerjasama bersama-sama untuk membangunkan kafa setiap daerah masing-masing.
- Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Negeri Pahang ini sebagai induk utama untuk setiap Persatuan daerah.
- Guru-guru KAFA disarankan menyambung belajar untuk menambahkan ilmu dan berkemahiran.
- Persatuan atau KAFA boleh salin membuat lawatan ke daerah-daerah lain untuk belajar dan menambah pengalaman serta mencari idea terkini untuk KAFA masing-masing.
COMMENTS