Tugas Guru KAFA merangkumi hal ehwal pengajaran dan pembelajaran (PdP), pengurusan peperiksaan serta pentadbiran seperti....
Setelah lulus temuduga Guru KAFA anda akan ditempatkan di premis yang telah ditetapkan oleh agensi berkenaan, maka terpikul amanah dan tanggungjawab yang perlu digalaskan oleh setiap guru KAFA. Tugas Guru KAFA ini terkandung di Bahagian VI - (Guru KAFA) perenggan yang ke 36 dalam "Peraturan-Peraturan Pelaksanaan Program Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (PKAFA) 2022".
Tugas Guru KAFA
Tugas Guru KAFA adalah 36 jam bekerja sebulan bersamaan dua belas (12) hari sebulan merangkumi hal ehwal pengajaran dan pembelajaran (PdP), pengurusan peperiksaan serta pentadbiran seperti yang berikut :
(a) Tugas pengajaran dan pembelajaran (PdP)
- mengajar semua mata pelajaran mengikut waktu yang ditetapkan;
- memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran berkenaan;
- menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam Buku Rekod Mengajar (BRM);
- merekod kehadiran murid KAFA dalam Jadual Kehadiran Murid (JKM);
- menyediakan dan memberi latihan yang mencukupi serta memeriksa buku latihan murid KAFA;
- menjalankan pentaksiran dan merekod keputusan;
- mengenal pasti kelemahan murid KAFA dan menjalankan kelas bimbingan;
- memastikan keselamatan dan mengawasi kebersihan diri murid KAFA sepanjang sesi KAFA;
- menghadiri mesyuarat atau taklimat atau kursus atau bengkel atau apa-apa program yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar oleh mana-mana pihak berautoriti;
- mengikuti perkembangan dan pembaharuan semasa berkaitan teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meningkatkan kompetensi; dan
- melaporkan kepada Guru Penyelaras tentang masalah pengajaran dan pembelajaran murid KAFA untuk tindakan susulan.
(b) Tugas pengurusan peperiksaan
- mengemas kini data calon;
- membantu mengurus bank soalan;
- menyediakan soalan bagi ujian formatif dan sumatif;
- pengawasan peperiksaan;
- memeriksa skrip jawapan;
- merekod keputusan;
- menganalisis keputusan; dan
- menyediakan slip keputusan atau sijil.
(c) Tugas pentadbiran
- menandatangani Buku Kehadiran
- Guru (BKG) setiap kali hadir bertugas;
- mengemas kini maklumat dalam SIMPENI termasuklah maklumat Premis, Guru KAFA dan pengambilan, pendaftaran, pertukaran serta pemberhentian murid KAFA;
- mengawal dan menyelia keadaan di dalam bilik darjah;
- menyedia dan menguruskan surat menyurat antara pihak Premis dengan ibu bapa;
- mengurus kutipan yuran aktiviti-aktiviti KAFA;
- menjaga keselamatan bahan bantu mengajar (BBM) dan memastikan ia digunakan secara optimum;
- menyediakan jadual waktu mengajar Guru KAFA
- menyelaras penggunaan buku teks;
- mengawasi kebersihan bilik darjah dan kawasan Premis;
- merancang, melaksanakan dan melaporkan setiap aktiviti kokurikulum; dan
- mengisi Laporan Kehadiran Bertugas Guru KAFA/ Guru Ganti KAFA (JAKIM(PKAFA)/LKB/006) dan mengemukakannya kepada Penyelia KAFA di daerah sebelum atau pada tujuh (7) haribulan pada bulan berikutnya.
COMMENTS