Pihak KAFA juga disarankan untuk menggalakkan murid-murid untuk melengkapkan vaksinasi covid-19 bagi membendung penularan wabak covid-19 dikalangan...
Alhamdulillah telah mendapat makluman daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengenai pembukaan kelas KAFA pada 21 Mac 2022 ini nanti iaitu pihak JAIP telah bersetuju untuk memberi kebenaran pelaksaan kelas KAFA secara bersemuka atau secara PdPR bermula pada tarikh tersebut.
Sehubungan dengam itu pihak KAFA diminta mengguna pakai garis panduan KPM yang terkini dan surat-surat siaran dari pihak jabatan.
Pihak KAFA juga disarankan untuk menggalakkan murid-murid untuk melengkapkan vaksinasi covid-19 bagi membendung penularan wabak covid-19 dikalangan murid-murid yang mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).
*Bersemuka atau PdPR???
Ia bergantung pada keadaan semasa KAFA tersebut, boleh bersemuka atau PdPR, terpulang pada pengurusan KAFA masing-masing dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
COMMENTS