Guru KAFA hendaklah mematuhi etika sebagai seorang pendidik sepanjang masa dari sudut berpakaian, perwatakan dan penampilan sama ada di Premis....
Apakah etika Guru KAFA? Kod Etika Guru KAFA ada terkandung dalam "Peraturan-Peraturan Pelaksanaan Program Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain" (PKAFA) Tahun 2022, Bahagian VI - GURU KAFA, Perenggan ke 37.
37. Etika Guru KAFA.
37.1 Guru KAFA hendaklah mematuhi segala undang-undang Malaysia termasuklah akur dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] atau apa-apa arahan atau pekeliling yang sedang berkuat kuasa.
37.2 Guru KAFA hendaklah mematuhi etika sebagai seorang pendidik sepanjang masa dari sudut berpakaian, perwatakan dan penampilan sama ada di Premis atau semasa menghadiri apa-apa program rasmi anjuran Kerajaan Negeri atau Persekutuan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kod Etika Guru KAFA.
37.3 Guru KAFA adalah dilarang untuk mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti politik. Agensi Pelaksana hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana Guru KAFA yang melanggar peraturan tersebut.
COMMENTS