Contoh Surat Perletakan Jawatan Guru KAFA

SHARE:

Jika anda mahu dapatkan contoh-contoh surat berhenti kerja terbaik yang mengandungi notis berhenti kerja sebulan boleh anda gunakan sebagai rujukan...

Contoh Surat Perletakan Jawatan Guru KAFA

Tengah mencari idea untuk update blog ini, ada yang bertanyakan admin ada tak Contoh Surat Perletakan Jawatan Guru KAFA dan cara menulis mengikut format resign yang simple untuk SAR KAFA. Alhamdulillah pertanyaan itu menjadi idea untuk buat artikel kali ini 😀.

Dalam bidang kerjaya pendidikan terutamanya Guru KAFA ini dahulunya guru silih berganti, kerja guru KAFA hanya persinggah sahaja bagi mereka yang mempunyai kelulusan yang tinggi sementara menunggu tawaran kerja lain.

Namun kini tidak lagi, jawatan guru KAFA adakah setaraf dengan kerja-kerja dalam bidang pendidikan yang lain. Walaupun bergaji rendah ianya amat mulia di sini Allah S.W.T.

Usahlah terlalu memilih kerja setelah anda tamat belajar. Carilah seberapa banyak pengalaman untuk 5 tahun pertama. Ditambah pula nak cari kerja dan jawatan kosong sekarang tidak semudah dulu.

Sangat-sangat mencabar situasi kerjaya hari ini. Jikalau selepas 5 tahun contohnya anda merasakan kemahiran dan pengalaman anda semakin meningkat, dan anda bercadang untuk menyumbang kemahiran dan kepakaran anda dengan tempat yang baru, admin sangat-sangat alukan.

Dan pasti anda juga sedia maklum, untuk berhenti kerja tidak semudah itu. Perlu maklumkan majikan anda melalui notis berhenti kerja.

Contoh Surat dan Notis Berhenti Kerja / Perletakan Jawatan


Jika anda mahu dapatkan contoh-contoh surat berhenti kerja terbaik yang mengandungi notis berhenti kerja sebulan boleh anda gunakan sebagai rujukan untuk anda hantar kepada majikan anda boleh semak seperti di bawah ini :

Bagi KAFA Negeri Pahang ia telah diselaraskan oleh pihak JAIP dengan mengisi notis borang khas untuk perletakan jawatan Guru KAFA ini. Notis borang telah diedarkan kepada setiap SAR KAFA sewaktu ketika dahulu, admin pun tak ingat dah... yang pasti dah lama sangat dah.

Borang notis ini perlu dihantar sebelum atau sebulan sebelum berhenti dan juga perlu membuat dua salinan dan hendaklah dihantar kepada Pejabat Agama Daerah (PAID) dan Guru Besar/ Pengerusi sekolah.

Dalam "Peraturan Pelaksanaan Program Kelas KAFA 2022" ada menyatakan bab ini diperenggan ke 44 (Notis Peletakan Guru KAFA) :
Guru KAFA boleh pada bila-bila masa meletak jawatan dengan memberi notis tiga puluh (30) hari secara bertulis atau dengan membayar kepada Agensi Pelaksana satu (1) bulan elaun sebagai ganti notis itu.

Borang Perletakan Jawatan Guru KAFA Negeri Pahang ini dalam bentuk PDF boleh muat turun di sini.



Bagi KAFA luar dari Pahang mungkin ada disediakan borang notis seperti di atas juga, jika tiada boleh rujuk pada dua contoh surat perletakan jawatan guru KAFA di bawah ini.

Contoh 1

Contoh Surat Perletakan Jawatan Guru KAFA 1

Contoh 2

Contoh Surat Perletakan Jawatan Guru KAFA 2

Alasan dan sebab-sebab berhenti kerja yang biasa diberikan.

  1. Biasanya ada yang merancang mahu buka bisnes dan perniagaan sendiri.
  2. Mengalamai stress dan tekanan perasaan sehingga tidak dapat meneruskan kerjaya sedia ada dengan baik.
  3. Anda mungkin mendapatkan sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.
  4. Ada kalangan ahli keluarga, ibu bapa anda yang tidak sihat sehingga menyebabkan anda. mengambil keputusan untuk meletak jawatan.
  5. Dan ini yang paling popular, mendapat tawaran kerja di dari tempat lain.
Jika anda merasakan contoh surat perletakan jawatan guru KAFA simple ini bermanfaat, anda boleh kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain di laman sosial seperti Facebook, WhatApps, Telegram, Instagram dan sebagainya dengan mengelik button share di bawah, terima kasih.

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,4,Buku,31,Guru KAFA,145,Ihtifal,11,Info KAFA,652,Jadual,36,JAIP,122,JAKIM,135,Jawatan Kosong,1,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,4,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,53,Pergukafa,94,Persatuan,2,Program,232,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,2,Tazkirah KAFA,19,UPKK,159,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Contoh Surat Perletakan Jawatan Guru KAFA
Contoh Surat Perletakan Jawatan Guru KAFA
Jika anda mahu dapatkan contoh-contoh surat berhenti kerja terbaik yang mengandungi notis berhenti kerja sebulan boleh anda gunakan sebagai rujukan...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_7wyuLSNnXJR_hodX5IcydkdCKS_C4Zl7FReIaitv98V2srxN4N-Ia2kzW_GG4df6YGU2723o7hOin5zX0JYSmxhmSnvPkAx7_4Y-j3Rft7WqxxHexz9g9M3llnY0h2sfTG2SutWpHl-1HgcUXXc8lYz8pzaUlv54PPppOXPxyqJx99gt1uL6mx3m/w640-h360/Contoh%20Surat%20Letak%20Jawatan%20Guru%20KAFA.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_7wyuLSNnXJR_hodX5IcydkdCKS_C4Zl7FReIaitv98V2srxN4N-Ia2kzW_GG4df6YGU2723o7hOin5zX0JYSmxhmSnvPkAx7_4Y-j3Rft7WqxxHexz9g9M3llnY0h2sfTG2SutWpHl-1HgcUXXc8lYz8pzaUlv54PPppOXPxyqJx99gt1uL6mx3m/s72-w640-c-h360/Contoh%20Surat%20Letak%20Jawatan%20Guru%20KAFA.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2022/03/contoh-surat-perletakan-jawatan-guru.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2022/03/contoh-surat-perletakan-jawatan-guru.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :