Taklimat Pelaksanaan UPKK dan Semakan Data Pelajar (SIMPENI) KAFA Daerah Kuantan Tahun 2022 telah diadakah di zon 3 dan 4 dalam Kuantan Lestari....
Taklimat Pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Semakan Data Pelajar (SIMPENI) KAFA Kuantan Lestari bagi tahun 2022 telah diadakan selama 2 hari berturut-turut mengikut zon dalam Kuantan Lestari.
Untuk maklumat Zon KAFA Kuantan Lestari adalah Zon 3 dan Zon 4 manakala Zon KAFA Kuantan Barat adalah Zon 1 dan Zon 2.
Bermula dengan sesi taklimat bagi Zon 4 telah diadakan pada Isnin 21/2/202 di SAR KAFA Al-Hidayah Balok Pantai yang dihadiri kira-kira 38 orang guru data dari setiap premis KAFA Zon 4, manakala sesi taklimat bagi Zon 3 diadakan pada Selasa 22/2/2022 di SAR KAFA Baitulhuda Cenderawasih yang di hadiri seramai 38 orang guru data dari KAFA Zon 3.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Penyelia KAFA Negeri Pahang (Ustaz Naim) dan juga Penyelia KAFA Kuantan Lestari iaitu Ustaz Asrul selaku Penyelia KAFA Kuantan Lestari merangkap tuan rumah dan pengerusi sesi taklimat tersebut.
Antara perkara yang sentiasa dipesan berkali-kali oleh penyelia
- Peranan guru data adalah amat penting, jangan ambil sambil lewa.
- Sentiasa semak dan update SIMPENI.
- Pastikan tiada keciciran pelajar terutama sekali bagi calon UPKK, jika disebabkan kecuaian guru - tindakan tegas.
- Jangan menafikan hak pelajar untuk belajar atau mengambil UPKK di KAFA.
- Kurangkan jurang kesilapan "ZERO KESALAHAN".
COMMENTS