Peraturan Pelaksanaan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) 2022 ini mengandungi beberapa bahagian kemaskini antaranya: 1. Permulaan 2. Penubuhan .....
Kali pertama Garis Panduan KAFA dikeluarkan adalah pada 27 Januari 2006. Kemudian Garis Panduan KAFA telah dikemaskini pada tahun 2011 (Rujuk Sini).
Terkini pihak JAKIM telah menerbitkan Edisi 2022 yang dikemaskini dan diperbaharui serta diberi nama baru iaitu "Peraturan-Peraturan Pelaksanaan Program Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)" menggantikan "Garis Panduan KAFA 2011".
Peraturan baru ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2022, bermakna edisi sebelum ini (Garis Panduan KAFA 2011) terbatal secara automatik dan tidak digunapakai lagi.
Peraturan Pelaksanaan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) 2022 ini mengandungi beberapa bahagian kemaskini antaranya:
- PERMULAAN
- PENUBUHAN DAN PENAMBAHAN KELAS KAFA
- TANGGUNGJAWAB JAKIM DAN AGENSI PELAKSANA
- JAWATANKUASA KAFA
- PENYELIA KAFA
- GURU KAFA
- MURID KAFA
- KURIKULUM KAFA
- YURAN
- KEWANGAN
- AM
- LAMPIRAN - Mengandungi borang-borang baru dan terkini.
Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh rujukan baca atau muat turun fail PDF di bawah ini :
Semua Guru KAFA dan Guru Besar wajib khatam dan khadam segala yang terkandung dalam "Peraturan-Peraturan Pelaksanaan Program Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)" ini. Jangan ambil mudah tak cakna, sambil lewa peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Kita bukan macam KAFA zaman dahulu lagi, boleh buat ikut suka hati kita...
Print dan bukukan sebagai rujukan untuk semua guru KAFA di sekolah anda. Semoga dengan ini dapat meningkatkan lagi kualiti guru-guru KAFA sebagai pendidikan yang berwibawa dan disegani.
COMMENTS