Penyelia datang memantau bukan hendak mencari kesalahan kita tetapi hendak membantu Kafa kita berjalan dengan sempurna mengikut garis panduan yang...
Sekadar perkongsian, ramai yang mesej tanya apa bende yang perlu kita ada bila penyelia datang memantau, sebabnya Kafa admin baru sahaja dipantau oleh Penyelia-Penyelia KAFA dari PAID Kuantan Lestari petang semalam (Rabu 9/2/2022) bermula jam 2:45 petang hingga 4:00 petang.
Admin rasa amat perlu perkongsian sebegini bagi memastikan kita semua tahu terutama sekali bagi guru besar/penyelaras apa yang perlu ada dan bagaimana persediaan kita jika dipantau.
Begini sebenarnya bukan sebab penyelia nak pantau, nak datang baru kita nak bersiap sedia. Sebenarnya tak perlu persediaan apa-apa pun sebab semuanya kita memang kena sedia dari mula tubuh kafa lagi, itu tugas dan tanggungjawab kita yang sebenarnya.
Tetapi mungkin juga bukan kita tak bersedia, bukan tak nak buat tetapi kita tak tahu apa yang perlu disediakan. Apa kehendak pemantau sebenarnya...
Penyelia datang memantau bukan hendak mencari kesalahan kita tetapi hendak membantu Kafa kita berjalan dengan sempurna mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh JAKIM.
Buatlah dengan cara kita janji ada apa yang diminta, sebab kita tiada satu garis panduan yang selaras dalam hal ni. (Insyaallah akan ada selepas ini).
Buat sahaja.... Penyelia minta kita ade rekod... tu je, jangan bila ditanya atau diminta itu tak de ini tak de... Jawab jujur jangan lipak² 😁😁😁.
Kafa SK mungkin lain sikit, mungkin lebih kepada cerapan kelas. Sebabnya bahagian pentadbiran semua di bawah pengurusan sekolah itu sendiri, tiada masalah.
Memang tak sempurna tapi sekadar perkongsian bersama dari pengalaman yang lepas-lepas setelah beberapa kali di pantau (lain penyelia lain cara pantaunya) tapi inilah asasnya, inilah item-item yang perlu kita ada jika kita dipantau terutama Kafa dan Sar Kafa.
Minta maaf!!! banyak kekurangan, mungkin ada yang tertingggal dan tidak tersusun mengikut item sebenarnya, tak apa nanti penyelia akan beritahu dan memberi saranan mana yang patut ada dan perlu ada kat Kafa kita nanti.
Dua bahagian yang perlu diambil perhatian sebagai persediaan :
- Persediaaan sebagai guru (Rutin/tugas hakiki).
- Persediaan sebagai pentadbir (Guru Besar/Penyelaras).
Persediaan Guru
- Cerapan Guru. (Penyelia memantau setiap kelas) ;
- Cara atau teknik mengajar.
- Suara.
- Kawalan kelas.
- Buku RPH.
- ABM.
- Sentiasa isi rekod kedatangan guru setiap sesi.
- Tulis buku rekod kehadiran pelajar.
- Tulis buku rekod bacaan dan hafazan.
- Buku latihan dan buku tulis sentiasa disemak.
- Kecerian kelas.
- Berpakaian kemas sesuai dengan gelaran ustaz dan ustazah.
Persediaan Pentadbir (Guru Besar / Penyelaras)
- Sedia buku/thumprint rekod kedatangan guru.
- Tahu jumlah pelajar keseluruhan, berapa lelaki? berapa perempuan?. (Seeloknya buat carta analisa jumlah pelajar di papan kenyataan dalam pejabat).
- Kewangan : (Ni yang paling banyak kena tanya, sebab jika audit datang ni yang dia cari)
- Rekod kutipan yuran bulanan. - Fail
- Resit sekolah (Barapa yuran sekolah).
- Rekod duit keluar masuk (Sentiasa kemas kini) - Fail
- Bank slip - bulanan - Fail
- Resit pembelian - photostat simpan dalam fail.
- Anggaran belanjawan setahun. - Fail
- Rekod bayar gaji/elaun guru dari Kafa - Fail, t/tangan, voucher.
- Rekod cuti guru ; (fail) penting untuk audit lihat.
- Rekod dalam kertas (fail).
- Buat rekod di whiteboard/papan kenyataan pejabat.
- Surat keluar masuk - Fail
- Data guru ; (Fail)
- Perjawatan guru
- Rekod guru.
- Rekod tuntutan bulanan (JAIP) - Fail
- Rekod tuntutan (MUIP). - Fail
- Minit mesyuarat - (Terkini) - Fail
- Visi dan misi ; (Pamer)
- Pamer atau tulis/banner kat dinding Kafa.
- Tampal dalam buku RPH.
- Carta organisasi ; (Pamer)
- Carta Sekolah,
- Carta AJK.
- Carta Panatia (guru matapelajaran).
- Jadual guru - Pamer di papan kenyatan pejabat dan tampal dalam RPH ;
- Keseluruhan
- Personal.
- Takwim ; (Pamer)
- Takwim rancangan sekolah (program).
- Takwim cuti sekolah
- Takwim cuti perayaan.
- Data dan maklumat pelajar - (1 hingga 6). - Fail
- Rekod peperiksaan pelajar ;
- Buku rekod peperiksaan. - Simpan ditempat yang mudah dicari.
- Statistik/analisa peperiksaan. (Fail)
- Fail UPKK.
- Mengadakan hari pelaporan. - Aktiviti
- Mengadakan hari anugerah - Aktiviti
- Mengadakan hari kebesaran Islam - Aktiviti
- Mengadakan ihfifal sekolah - Aktiviti
- Pemadam api - bomba (Pastikan bila tarikh luput).
- Peti ubat keselamatan - (Terkini).
- Tanya mengenai kemaskini Simpeni - Sentiasa kemaskini.
- Guru bertugas, guru disiplin. (Pamer)
- Peraturan sekolah. - Pamer /buku.
- Disiplin guru.
- Kantin sekolah jika ada. (Kebersihan).
- Kebersihan tandas guru dan murid.
- Sila rujuk update terkini di bawah untuk melihat apakah item / instrumen yang sebenarnya untuk rujukan kita semua.
PERHATIAN
- Fail - Sistem failing yang perlu ada Kafa anda.
- Pamer - Tampal / tulis / banner / papan kenyataan / whiteboard dsb.
- Aktiviti - akan ditanya mengenai aktiviti sekolah.
Tambahan
- Sila sediakan cap guru besar, cap sekolah, cap alamat kafa - untuk kegunaan cap borang berkaitan.
- Sediakan buku rekod pelawat.
- Sediakan segala yang berkaitan dengan SOP COVID-19 (MySejahtera - tampal dinding, alat cek suhu dan rekod pelajar) - Mengikut SOP terkini mana yang perlu.
Kami menyucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran penyelia-penyelia Kafa Kuantan Lestari memantau Kafa kami. InsyaAllah segala teguran dan saranan akan kami kemas kini dari masa ke semasa.
UPDATE : INI YANG SEBENARNYA YANG AKAN DISEMAK SETIAP KALI SESI PEMANTAUAN
ITEM / INSTRUMEN
(PENGURUSAN FAIL SEKOLAH KAFA)
Perkara-perkara yang disenaraikan merupakan item-item yang akan disemak pada setiap sesi lawatan pemantauan oleh pihak Jabatan.
Sumber Terkini : Group KAFA Kuantan Lestari
Moga bermanfaat dan menjadi sumber rujukan untuk dari masa ke semasa.
COMMENTS