Tindakan ini bertujuan untuk menyakinkan pihak pentadbiran premis bahawa guru berkenaan bebas simtpom yang berkaitan dengan COVID-19...
Bermula sesi persekolahan penggal ke-3 2021 (10 Januari 2022), semua guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang menolak untuk melaksanakan program vaksinasi COVID-19 diminta melakukan Kit Ujian Pantas (Rapid Test Kit, RTK) setiap kali memasuki premis KAFA, dengan kos pembelian ditanggung sepenuhnya oleh guru berkenaan.
Tindakan ini bertujuan untuk menyakinkan pihak pentadbiran premis bahawa guru berkenaan bebas simtpom yang berkaitan dengan COVID-19, selain merendahkab risiko jangkitan terhadap orang lain.
Guru yang hadir dilarang untuk terlibat di dalam pengajaran dan pembelajaran, serta perlu ditempatkan di dalam bilik berasingan. Guru Besar/Penyelaras KAFA diminta untuk memantau keadaan guru berkenaan.
Guru juga diminta untuk melengkapkan borang Kit Ujian Pantas yang di bawah ini, dan mengembalikan kepada Penyelia KAFA Daerah pada setiap akhir bulan.
Borang Pelaksanaan Kit Ujian Pantas (RTK)
[DOWNLOAD BORANG RTK]
Semoga kita sama-sama menjadi diri masing-masing. Kita jaga kita...
COMMENTS