Dilengkapi dengan maklumat jawi ejaan istilah-istilah terkini, nama-nama hotel dan syarikat perniagaan, nama-nama tempat, jalan, tokoh dan sebagainya.
Pahang bakal menjadi negeri pertama mempunyai pengkalan data rasmi bagi kalimah-kalimah dalam tulisan jawi.
Setelah dilancarkan nanti, jabatan-jabatan kerajaan, syarikat swasta dan sesiapa sahaja boleh mengakses ejaan yang betul bagi perkataan dan istilah yang dikehendaki.
Usaha yang dilakukan Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP) dibangunkan oleh para Munsyi Dewan Jawi DBP.
Pahang mempunyai seramai 38 orang munsyi yang ditauliahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Mereka terdiri dari pegawai MUIP, pegawai pendidikan (JPN dan PPD), pensyarah Kuipsas dan guru-guru (KPM dan Kafa).
Selama tiga hari sejak Jumaat lalu para munsyi dari seluruh negeri Pahang ini berkampung di Janda Baik untuk membuat semakan ejaan sebelum dilancarkan secara rasmi.
Rujukan utama mereka ialah Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM) dengan Panduan Umum Ejaan Jawi 2020.
Selain itu pengkalan data ini turut dilengkapi dengan maklumat ejaan istilah-istilah terkini, nama-nama hotel dan syarikat perniagaan, nama-nama tempat, jalan, tokoh dan sebagainya.
Diharapkan E-Jawi Makmur ini akan dimanfaatkan bukan sahaja oleh warga Pahang, tetapi juga oleh seluruh rakyat Malaysia.
Gambar Sekitar Bengkel Pengkalan Data E-Jawi Negeri Pahang
Admin Komentar:
Semoga bermanfaat.
COMMENTS