Soalan-Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Buku Teks Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) JAKIM. Buku Teks KAFA JAKIM yang baharu mula digunakan pada 2020...
Soalan-Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Buku Teks Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) JAKIM. Buku Teks KAFA JAKIM yang baharu mula digunakan pada tahun 2020. Buku Teks ini telah diseragamkan dari segi isi kandungan melalui penulis berkelayakan yang di lantik serta diuruskan oleh JAKIM.
Sumber: FB JAKIM
MAKLUMAN TERKINI
PENANGGUHAN PENGGUNAAN BUKU TEKS KAFA JAKIM TAHUN 2 DAN TAHUN 3 BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2021
Penangguhan ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Penggunaan buku teks KAFA bagi tahun 2 dan tahun 3 akan diguna pakai pada sesi persekolahan tahun 2022.
Bagi mengantikan buku teks tersebut dicadangan menggunakan Cadangan Rancangan Pengajaran Tahun (RPT) berpandukan kepada sukatan buku teks yang akan berada di pasaran nanti untuk panduan kepada semua guru-guru KAFA.
Pihak JAKIM memohon kemaafan atas segala kesulitan yang dihadapi.
Sumber : Surat edaran JAKIM bertarikh 12 Julai 2021
Bagi KAFA Negeri Pahang :
KAFA Pahang kekal menggunakan RPT Tahun 2 dan 3 kurikulum baru/terkini. Manakala bagi Buku Teks KAFA BTK pula :
1. Tahun 2 akan hanya menggunakan kurikulum yang baru/terkini.
2. Tahun 3 boleh gunakan kurikulum lama sebagai rujukan dan latihan.
Harap maklum.
Terima kasih.
Assalamualaikum, admin. Boleh saya dapatkan maklumat mengenai perkara berikut. Bilakah pihak JAIP akan menyerahkan tempahan perbekalan buku teks Tahun 3 2021 pada pihak sekolah/kafa? Oleh sebab, pihak kami tidak mempunyai stok lama yang mencukupi dan amat bergantung dengan tempahan baharu buku teks tahun 3.
ReplyDeleteWaalaikumsalam...
DeleteBuat masa sekarang itu sahaja info yang diterima melalui JAKIM.
Terima kasih