Larang Penggunaan Jata Negeri Pahang

SHARE:

Kerajaan Pahang melarang penggunaan lambang atau jata negeri itu dan perbuatan terbabit perlu dihentikan serta-merta bagi mengelak dikenakan tindakan.

jata negeri pahang

KUANTAN: Kerajaan Pahang melarang penggunaan lambang atau jata negeri itu dan perbuatan terbabit perlu dihentikan serta-merta bagi mengelak dikenakan tindakan.

Larangan itu susulan terdapat penyalahgunaan jata kerajaan Pahang oleh pihak yang tidak berkenaan atau tidak bertanggungjawab di dalam media sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp serta penggunaan lambang di kenderaan dan lain-lain. Penyalahgunaan ini hendaklah dihentikan dengan serta-merta berdasarkan enakmen.

Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 [Enakmen No. 18 Tahun 2017] telah memperuntukkan larangan penggunaan tidak wajar lambang, gelaran atau anugerah Negeri Pahang.

Ia termasuklah Jata Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Jata Diraja Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan Jata Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.

Subseksyen 3(1) Enakmen No. 18 Tahun 2017 memperuntukkan bahawa walau apa pun peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis, tiada seorang pun boleh, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

1. Menggunakan apa-apa lambang, gelaran atau anugerah, atau apa-apa replika mengenainya, bagi maksud apa-apa perdagangan, perniagaan, pekerjaan, profesion atau apa-apa tujuan sosial atau persendirian.

2. Membuat, menempah, menghasilkan dalam apa-apa bentuk atau cara atau menggunakan atau terus menggunakan apa-apa lambang, gelaran atau anugerah atau apa-apa replika mengenainya dalam

3. Tajuk apa-apa paten atau apa-apa cap dagangan atau reka bentuk.

4. Membuat bagi maksud jualan atau menjual atau mempamer untuk jualan atau memiliki untuk dijual, apa-apa lambang, gelaran atau anugerah.

5. Mempamer atau melekatkan apa-apa bahan yang mengandungi apa-apa lambang, gelaran atau anugerah, atau apa-apa replika mengenainya kepada apa-apa kenderaan.

Mana-mana pihak yang melanggar larangan penggunaan tidak wajar lambang negeri Pahang boleh didakwa dan dikenakan hukuman di bawah subseksyen 3(2) Enakmen No. 18 Tahun 2017.

Apabila disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. 

Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dalam sidang medianya kelmarin.

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,4,Buku,30,Guru KAFA,144,Ihtifal,11,Info KAFA,649,Jadual,36,JAIP,122,JAKIM,135,Jawatan Kosong,1,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,4,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,52,Pergukafa,94,Persatuan,2,Program,231,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,2,Tazkirah KAFA,19,UPKK,158,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Larang Penggunaan Jata Negeri Pahang
Larang Penggunaan Jata Negeri Pahang
Kerajaan Pahang melarang penggunaan lambang atau jata negeri itu dan perbuatan terbabit perlu dihentikan serta-merta bagi mengelak dikenakan tindakan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhn2k4EPzZuMokvrIkQr5LLQ1gQSUIkLSIciJqeeQaa-Da5apsPU_hUQbFYiy9PKkIwRBV5N0B6PQy-h1Du4k1QfdVWceIQnbMkYrTfdb3mPrKPpuDAZwBENbI9flNaGuK7-g6FQ6UYb0g/w640-h320/larangan+penggunaan+jata+negeri+pahang.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhn2k4EPzZuMokvrIkQr5LLQ1gQSUIkLSIciJqeeQaa-Da5apsPU_hUQbFYiy9PKkIwRBV5N0B6PQy-h1Du4k1QfdVWceIQnbMkYrTfdb3mPrKPpuDAZwBENbI9flNaGuK7-g6FQ6UYb0g/s72-w640-c-h320/larangan+penggunaan+jata+negeri+pahang.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2021/07/larang-penggunaan-jata-negeri-pahang.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2021/07/larang-penggunaan-jata-negeri-pahang.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :