TAKBIR HARI RAYA AIDILFITRI 2021 Asal usul bermulanya takbir ketika dalam satu peperangan umat Islam. Dalam peperangan itu tentera Islam dap...
TAKBIR HARI RAYA AIDILFITRI 2021
Asal usul bermulanya takbir ketika dalam satu peperangan umat Islam.
Dalam peperangan itu tentera Islam dapat mengalahkan tentera pimpinan Abu Suffian serta dapat membunuh Abu Jahal.
Ketika Abu Jahal sedang nazak kepalanya hampir terputus daripada tubuhnya. Kemudian datang seorang sahabat memenggal kepala beliau dan mempersembahkan kepada Rasulullah. Lalu, Rasulullah bertakbir Allahu Akbar… (sebagaimana takbir yang dibacakan ketika raya)
Kata Ali, laungan takbir itu bermaksud Allah yang menolong hambanya dan Allah jualah yang memuliakan hambanya.
Seolah-olah nabi berdialog depan kepala Abu Jahal tersebut sambil Nabi berkata: “Hari ini telah terbukti janji Allah untuk memenangkan hambanya dan memuliakan tenteranya.”
Dari situlah timbulnya syariat takbir Allahu Akbar… sebagai takbir hari raya kerana peperangan itu sangat dekat dengan Aidilfitri.
“Di situlah bermulanya sebuah kisah perjuangan yang hebat dan bukan sekadar takbir kerana puasa. Sebaliknya membawa erti peperangan mengalahkan musuh di medan peperangan yang sebenar.
“Jadi, jangan disalah ertikan takbir ini tetapi kita kena bertakbir dengan penuh semangat takbir, tahmid dan khusyuk,” katanya bersemangat.
Menjelaskan bagaimana takbir raya dan cara sambutannya pada zaman baginda Rasulullah SAW, Ali memberitahu, Rasulullah SAW menyuruh umat Islam memakai baju baru yang berwarna putih dan sekiranya tiada, boleh memakai pakaian yang sepatutnya.
Tentang solat dan khutbah raya pula, sekiranya ia adalah Hari Raya Puasa, adalah disunatkan makan dahulu di rumah. Namun, pada Hari Raya Haji, disunatkan tidak makan dahulu di rumah. Sementara, berjalan pergi dan balik daripada solat raya di masjid mengikut jalan yang berlainan agar dapat bertemu dengan ramai orang.
Selain, mendoakan antara satu sama lain dengan doa Taqobbalallahuminnawaminkum yang membawa maksud semoga Allah menerima amalan kita semua. Ini sering diamalkan.
TAKBIR MURSAL DAN TAKBIR MUQAIYAD
Takbir Mursal
Dilakukan pada hari raya fitrah (puasa). Takbir mursal ialah takbir yang tiada mengiringi solat. Maksudnya takbir yang boleh dilakukan pada bila bila masa dan mana mana tempat seperti yang disebutkan diatas, sama ada sesudah solat atau diluar solat.
Takbir mursal ini bermula setelah tengelamnya matahri pada ,malam hati raya fitrah dan berakhir apabila imam bertakbiratul Ikhram ketika solat sunat Aidilfitri (raya fitrah)
Takbir Muqaiyad
Maksud muqaiyad ialah mengiringi atau mengikat. Dinamakan demikian kerana ia mengiringi atau mengikat dengan solat. Oleh yang demikian, takbir muqaiyad ini hanya boleh dilakukan setelah selesai solat sahaja sama ada solat fardu ataupun sunat.
Ia bermula pada Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga selepas Asar 13 Zulhijjah. Apabila masuknya waktu hari Arafah maka disunatkan bertakbir sesudah solat subuh. Setelah masuknya waktu Maghrib, takbir muqaiyad tadi telah berubah sifat kepada takbir mursal.
Sifat mursal ini akan kekal sehinggalah imam bertakbiratul ihram di dalam solat sunat Aidiladha.
Ini bermakna, apabila masuknya waktu Maghrib, maka dibolehkan bertakbir pada bila bila masa dan mana mana tempat. Akan tetapi, sesudah solat sunat Aidiladha, ia berubah semula sifatnya kepada takbir muqaiyad sehinggalah waktu asar 13 Zulhijjah.
COMMENTS