Akhirnya ada juga Buku Baru Panduan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dan Amali Solat bagi mengantikan buku PCHI yang berkurun lama.....
Pergukafakuantan.com - Alhamdulillah, akhirnya ada juga Buku Baru Panduan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dan Amali Solat bagi mengantikan buku PCHI yang berkurun lama telah digunakan pakai.
Buku Panduan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dan Amali Solat dikeluarkan oleh Unit SAR KAFA Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang. Ia diedarkan secara percuma kepada setiap KAFA yanag berada dalam negeri Pahang.
Buku ini mengandungi beberapa bahagian antaranya :
1. Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
- Bahagian A (Peradaban)
- Bahagian B (Penghayatan Solat)
- Bahadian C (Penghayatan Al-Quran)
- Bahagian D (Keprihatinan)
2. Amali Solat
- Bahagian A (Persediaan sebelum solat)
- Bahagian B (Perlakuan dan bacaan dalam solat)
- Bahagian C (Amalan selepas solat)
3. Borang Markah PCHI dan Amali Solat
Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana telah menyediakan Buku Panduan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dan Amali Solat ini.
Video Panduan Ujian Lisan UPKK Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
Video Panduan Ujian Lisan UPKK Amali Solat
Video Panduan Ujian Lisan UPKK Al-Quran
Assalamualaikum. Terima kasih sebagai panduan ibubapa utk persediaan ank mengambil UPKK
ReplyDelete