Seramai 2,978 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) di sekolah dan asrama di Pahang akan menerima RM300 seorang secara sekali bayaran dengan...
Pergukafakuantan.com - Seperti yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail ketika berucap di Majlis Ramah Mesra MB bersama warga KAFA Daerah Cameron Highlands dan Dun Jelai pada 10 Julai 2020 lalu, (Rujuk di sini) bersetuju mempertimbangkan sebaik-baiknya bagi Guru-Guru KAFA akan diberi Bonus Tahunan 2020 dijangkakan RM300 bagi setiap guru.
Alhamdulillah ketika membentangkan Belanjawan 2021 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketia Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail telah mengotakan apa yang telah dijanjikannya.
Seramai 2,978 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) di sekolah dan asrama di Pahang akan menerima RM300 seorang secara sekali bayaran dengan peruntukan keseluruhan bantuan khas kewangan itu berjumlah RM893,400.
YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail turut berkata "Insya Allah, pada tahun yang mendatang, sekiranya prestasi kewangan negeri bertambah kukuh, tidak mustahil kerajaan negeri akan memberikan bantuan khas kewangan ini dengan lebih lagi," katanya.
Alhamdulillah dan terima kasih daripada kami Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan yang mewakili semua guru-guru KAFA daerah Kuantan atas bantuan seumpama ini.
COMMENTS