Cara mudah daftar mysejahtera untuk kelas KAFA seluruh Malaysia...
Daftar MySejahtera Check In Untuk Kelas KAFA. MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Aplikasi MySejahtera
- Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:
- Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19.
- Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19 Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
- Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19
MySejahtera Check-In
MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di Malaysia.
- Imbas Kod QR menggunakan Pengimbas Kod QR Aplikasi MySejahtera.
- Pengesahan dibenarkan masuk ke premis.
Daftar Premis Sekolah / Kelas KAFA
1. Layari laman MySejahtera, kemudian klik MySejahtera Check-In
2. Klik Daftar MySejahtera Check-In klik Email seperti gambar di bawah:
3. Sila isi emel sekolah / KAFA anda dan klik Register.
4. Tahniah pendaftaran anda berjaya. Kemudian buka emel sekolah / KAFA yang berdaftar tadi.
5. Anda akan menerima emel seperti di bawah, sila klik link yang berwarna biru untuk mengaktifkan MySejahtera anda.
6. Selepas sahaja anda mengelik link berwarna biru dalam emel anda akan keluar form seperti di bawah, sila isi maklumat yang dikehendaki dan klik Submit.
7. Anda akan terus menerima Kod QR Sekolah / KAFA seperti di bawah.
8. Anda boleh terus sahaja Print, Email atau Download.
Di mana data anda disimpan?
1. Login semula ke MySejahtera dengan mengisi emel dan login
2. Setelah login akan keluar seperti paparan berikut, klik View Reports untuk melihat data simpanan yang menggunakan MySejahtera anda.
3. Seterusnya Report atau Analytics akan keluar seperti gambar di bawah. (Masih kosong sebab baru buat je ni...)
Selamat mencuba semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.
COMMENTS