Berikut dikongsikan teks ringkas khutbah Hari Raya Aidilfitri sempena Covid 19 untuk Tok Khatib di rumah sendiri nanti.
Pergukafakuantan.com - Berikut dikongsikan teks ringkas khutbah Hari Raya Aidilfitri sempena Covid 19 untuk Tok Khatib di rumah sendiri nanti.
Khutbah Pertama
(اللهُ أَكْبَرُ (3 كالي
(اللهُ أَكْبَرُ (3 كالي
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا ، والحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا ، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا ، الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لَّا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ ،
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ ، اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ ،
Keluargaku yang dikasihi sekalian,
1. Marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, mudah-mudahan kita memperoleh rahmat dan keampunan dari Allah serta diberikan kepada kita kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.
2. Syukur yang tidak terhingga, kita panjatkan ke hadrat Allah SWT yang masih mengizinkan kita untuk sama-sama menyambut `Idul Fitri pada tahun ini sekalipun dalam suasana yang amat berbeza sekali dengan `Idul Fitri yang sebelum ini.
3. Kita juga telah diberikan peluang untuk sama-sama mengecapi nikmat Ramadhan yang baru sahaja berlalu pergi walaupun tidak seperti mana Ramadhan-Ramadhan yang telah lalu, namun ianya sangat bermakna dan bernilai buat kita semua. Semoga amal ibadah yang telah kita lakukan akan diterima di sisi Allah.
4. Kita masih lagi boleh menjalankan ibadah puasa, solat terawih, qiamullail dengan sempurna sekalipun di rumah kita. Peluang ini terlalu bernilai kerana kita dapat berjamaah bersama-sama ahli keluarga kita yang mana ramai di kalangan kita yang tidak berkesempatan untuk berbuat demikian sebelum-sebelum ini. Marilah sama-sama kita teruskan suasana sebegini sekalipun PKP dan PKPB berakhir selepas ini.
Keluargaku yang dikasihi sekalian,
5. Allah SWT sedang menguji dan akan menguji kita semua dengan berbagai bentuk ujian. Ini adalah janji Allah SWT. Allah SWT berfirman;
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَوةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْغَفُورُ
Maksudnya;
“Dia-lah (Allah) yang telah menciptakan mati dan hidup, untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia (Allah) Maha Kuasa (untuk membalas setiap amalan kamu), lagi Maha Pengampun (terhadap dosa-dosa kamu)” (Al-Mulk 2)
6. Dalam kita merayakan `Idul Fitri yang penuh dengan kegembiraan ini, ketahuilah bahawa kita sebenarnya masih lagi sedang berperang dengan wabak COVID-19 yang belum lagi berjaya dilenyapkan secara keseluruhannya. Tindakan kerajaan melaksanakan perintah PKP dan PKPB adalah sebagai satu usaha serta tanggungjawap pihak kerajaan sebagai Ulil Amri untuk menyekat wabak COVID-19 daripada terus tersebar di kalangan rakyat demi untuk kebaikan kita semua. Maka kita sebagai rakyat wajib mematuhi setiap arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pemerintah demi untuk kebaikan rakyat seluruhnya.
Keluargaku yang dikasihi sekalian,
7. Gunakanlah peluang masa yang ada sepanjang tempoh PKP dan PKPB ini untuk kita sama-sama mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama kita. Sama-sama kita berdoa memohon kepada Allah agar kita sama-sama dapat kembali hidup seperti biasa dalam tempoh yang terdekat ini. Sudah tentunya kita amat merindui suasana solat jumaat serta solat berjamaah di masjid-masjid dan surau-surau. Namun buat masa sekarang, menjaga keselamatan nyawa dan diri kita adalah lebih penting. InsyaAllah akan tiba masanya tidak berapa lama lagi, kita akan dapat sama-sama mengimarahkan rumah-rumah Allah seperti biasa.
8. Percayalah bahawa di sebalik setiap kesusahan dan ujian yang kita hadapi itu pastikan ada hikmah yang sangat besar dari Allah SWT. Maka kita sebagai hambanya hendaklah sentiasa berbaik sangka dengan Allah SWT. Bersyukurlah dengan setiap nikmat diberi, dan bersabarlah dengan setiap bala yang menguji, kerana ini adalah anak kunci kepada kebaikan kita dunia dan akhirat.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ، وَٱلۡعَصۡرِ ، إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ ، إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ ، وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Khutbah Kedua
(اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي
(اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا ، والْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا ، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلًا ، الْحَمْدُ ِلِلَّهِ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لَّا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ ،
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا أَيُّهَا المسْلِمُوْنَ ، اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ ، وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Keluargaku yang dikasihi sekalian,
Marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita ke hadrat Allah SWT, mudah-mudahan kita beroleh rahmat dan keberkatan dariNya.
الَّلهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ، اَلْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ ، إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ ، وَيَا قَاضِيَ الْحَاجَات ،
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, ampunilah dosa-doa kami dan dosa kedua ibu bapa kami serta doasa guru-guru kami. Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami, negara kami serta seluruh umat Islam di dunia”
“Ya Allah Ya Tuhan kami, peliharakanlah kami semua daripada wabak Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua dunia dan akhirat”
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, terimalah setiap amal kebajikan yang telah kami lakukan di sepanjang Ramadhan yang telah lalu. Jadikanlah ianya sebagai bekalan kami di akhirat sana. Ya Allah Ya Tuhan kami, rezekikanlah kepada kami Ramadhan-Ramadhan yang akan datang”
“Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk kami menghadapi ujianMu yang berat ini”
“Ya Allah Ya Tuhan kami, kami juga bermohon kepadaMu Ya Allah, peliharalah kami dan lindungilah kami semua dariapada perkara-perkara yang tidak kami ingini”
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارَ ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Sumber: Copy Paste FB
COMMENTS