Tenapa pengajar di sini seramai sembilan orang guru, tiga daripadanya adalah guru lantikan JAkIM dan enam orang guru pula lantikan masjid. Tiga daripada guru tersebut, seorang orang yang mengajar E-Brail.
Pergukafakuantan.com - Masih lagi mengenai lawatan AJK Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (Pergukafa Kuantan) di Sabah. Kali ini AJK persatuan telah mengunjungi Akademi QurAnis Al-Mubarak, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Akademi QurAnis Al-Mubarak Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini merupakan satu Pusat Pendidikan Al Quran Khas untuk anak-anak istemewa. QurAnis adalah singkatan dari:
- Quran
- Anak
- Istimewa
Kedatangan kami telah disambut oleh Tuan Haji Sabari yang merupakan Pengarah Akedemi QurAnis Al-Mubarak ini. Turut serta Guru Besar Akademi QurAnis Al-Mubarak iaitu Ustazah Sofeah Sabal dan juga beberapa orang guru.
Tenaga pengajar di sini seramai sembilan orang guru, tiga daripadanya adalah guru lantikan JAkIM dan enam orang guru pula lantikan masjid. Tiga daripada guru tersebut, seorang orang yang mengajar E-Brail.
Kami turut berkongsi pengalaman dan pendapat bersama terutama dalam pengurusan sekolah. Kami juga turut berkongsi mengenai buku RPH.
Berikut adalah gambar-gambar sekitar lawatan AJK Persatuan ke Akademi QurAnis Al-Mubarak, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu :
(Atas tujuan keselamatan mengambil gambar-gambar pelajar adalah tidak dibenarkan)
Terima kasih kepada pihak Akademi QurAnis Al-Mubarak, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sudi menerima kujungan kami. Terima kasih juga atas layanan dan penerangan yang telah diberikan kepada. Sebenarnya kami amat terharu dan sangat teruja tentang kewujudan AQM ini.
Semoga semuanya memberi pengamalan dan pengajaran untuk kami bawa balik ke semenanjung nanti. Terima kasih sekali lagi dan jumpa lagi....
COMMENTS