Patutilah segala arahan kerajaan pusat dan negeri, terus duduk di dalam rumah sehingga 31/3/2020 ini.
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kantan kini turut serta dalam kempem menyedarkan rakyat tentang bahayanya virus korona atau lebih dikenali dengan Covid-19.
Patutilah segala arahan kerajaan pusat dan negeri, terus duduk di dalam rumah sehingga 31/3/2020 ini. Atau kita mahu tempoh ini akan berlanjutan jika tiada kesan penurunan kes covid-19 ini.
Gunalah kesempatan ini bersama isteri dan anak-anak di rumah. Penuhi masa terluang dengan kerja-kerja berfaedah di rumah.
Disamping itu banyakkanlah berdoa, berzikir dan solat sunat serta membaca Al-Quran semoga Allah menghapuskan terus virus covid-19 ini dan kita terus dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.
InsyaAllah dengan ini kita dapat menyekat penyebaran Covid-19 dengan lebih cepat. Kerjasama kita semua amatlah ditagih dan diharapkan ia akan berhenti dan dihapuskan segera sebelum Ramadhan ini.
Pesanan daripada Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (Pergukafa Kuantan). InsyaAllah blog Pergukafa Kuantan akan menyiarkan perkembangan terkini mengenai covid-19 yang berkaitan dengan guru-guru KAFA di Kuantan dan Malaysia amnya.
COMMENTS