Bengkel ini dikendalikan oleh Penyelia KAFA Negeri Pahang dan dibantu oleh Penyelia KAFA daerah Kuantan. Terima kasih atas segala kerjasama dan tunjuk ajar semasa bengkel ini berlangsung.
Pergukafakuantan.com - Satu Bengkel Pengisian Maklumat SIMPENI (UPKK) Peringkat Daerah Kuantan 2020 anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah diadakan selama tiga hari bermula 18, 19 dan 20 Februari 2020 bertempat di Bilik Latihan ICT, Tingkat 6 Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Seramai 112 Guru Data dari 112 pusat UPKK daerah Kuantan telah hadir bagi mengemaskini dan membaiki jika ada kesalahan data calon UPKK 2020. Bengkel ini telah dibahagikan kepada enam sesi bermula hari selasa lalu dan berakhir pada petang khamis.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengurangkan segala kesalahan pada pendaftaran calon hingga ke sifar kesalahan pada tahun 2020 ini. Semoga segala usaha ini akan mendatangkan hasil seperti yang telah dirancangkan. Tarikh akhir bagi semakan dan kemaskini daftar calon UPKK 2020 adalah pada 15 Mac 2020.
Bengkel ini dikendalikan oleh Penyelia KAFA Negeri Pahang dan dibantu oleh Penyelia KAFA daerah Kuantan. Terima kasih atas segala kerjasama dan tunjuk ajar semasa bengkel ini berlangsung.
Berikut adalah gambar-gambar sekitar Bengkel Pengisian Maklumat SIMPENI (UPKK) Peringkat Daerah Kuantan 2020:
COMMENTS