Jom Guna Jawi Phonetic Keyboard

SHARE:

Kaedah persamaan fonentik (bunyi) huruf jawi dan rumi Lebih praktikal dari Jawi Biasa2 dan Jawi UKM kerana tidak perlukan stiker arabic untuk mengingatnya....

jawi phonetic keyboard

Pergukafakuan.com - Ok sebelum ni admin ada menyiarkan tentang cara tulis jawi menggunakan Jawi UKM selain dari kaedah jawi biasa2. Ini ada lagi satu software atau perisian baru untuk menulis jawi dengan lebih praktikal iaitu Jawi Phonetic Keyboard.

Keyboard jawi ini disusun berdasarkan persamaan fonetik (bunyi) huruf rumi dan jawi seperti huruf A = ا، B = ب, C = چ begitulah seterusnya. Keyboard ini juga menyokong tulisan al-Quran dengan baris-baris asas. Jadi Sticker arabic pada keyboard tidak lagi diperlukan untuk menaip jawi sekiranya anda memahami kaedah yang digunakan dalam penyusunan huruf-huruf jawi ini.

Panduan Kekunci Fonetik Jawi


Cara Install Jawi Fonetik


1. Muat turun installer terkini di sini, (auto download) seperti gambar di bawah:

download jawi fonetik

2. Unzip fail tersebut.
3. Klik pada setup.exe seperti gambar di bawah:

install jawi fonetik

4. Akan keluar seperti di bawah setelah siap install.

jawi phonetic keyboard

5. Klik pada ENG untuk menukar tulisa dari rumi ke jawi, sila pilih Jawi Phonetic v1.2. Jika tiada paparan jawi tersebut sila restart semula komputer atau laptop anda.

Kaedah Penyusunan Huruf-huruf Jawi


Penyusunan terbahagi kepada 3 peringkat.

Peringkat 1 - Fokus kepada penulisan jawi. Huruf dipilih berdasarkan kekerapan penggunaannya dalam bahasa Melayu.

keyboard 1

Peringkat 2 (penggunaan SHIFT) - Lebih kepada penulisan kata pinjaman bahasa Arab dan petikan ayat-ayat al-Quran. Perhatikan bahawa simbol-simbol asas pada keyboard dialihkan ke tempat-tempat yang rawak.

keyboard 2

Peringkat 3 (penggunaan Caps Lock) - Lebih kepada penulisan bahasa Arab dan tanda bacaan al-Quran.

keyboard 3

Penggunaan Caps Lock tidak seperti tulisan rumi kerana huruf jawi tiada besar atau kecil. Penggunaan adalah untuk mengunci penggunaan tanda bacaan al-Quran. 1,2,3 untuk fathah, kasrah dan dhommah. 4,5,6 adalah fathatan, kasratan dan dhommatan 7,8,9 adalah syaddah, sukun dan alif kecil. Simbol-simbol ini akan bercantum dengan huruf yang berada disebelumnya. 0 pula untuk penanda akhir ayat.

Caps Lock juga mengunci huruf Ain (U) dan Ghain (G). Tidak perlu lagi menekan SHIFT untuk menaip huruf-huruf tersebut.

Untuk simbol-simbol atau huruf-huruf yang tiada seperti simbol-simbol waqaf, anda boleh menggunakan aplikasi Character Map.

Tetapan Font Untuk mengetahui sesuai atau tidak, huruf-huruf seperti 'pa', 'nga', 'ga', 'nya' tidak bercantum dengan huruf sebelumnya, bertukar huruf lain atau keluar petak.

Senarai Font Yang Sesuai

  • Adobe Arabic
  • Arabic Typesetting
  • Arial
  • Courier New
  • Microsoft Sans Serif
  • Microsoft Uighur
  • Sakkal Majalla
  • Segoe UI
  • Tahoma
  • Times New Roman

Senarai Font Yang Sesuai Tidak Sesuai

  • Andalus
  • Simplified Arabic
  • Traditional Arabic

Senarai Font Tambahan

Nota Tambahan


Untuk menyimpan tulisan jawi dalam software lain seperti notepad, anda perlu menukar encoding daripada ANSI kepada UTF-8. Sekiranya tidak berbuat demikian, tulisan tersebut akan hilang.

Kebanyakan font arabic sangat kecil. Perlu menggunakan saiz yang lebih besar daripada kebiasaan tulisan rumi.

Tanda bulatan putus-putus pada tanda bacaan al-Quran bermaksud huruf tersebut boleh ditindih pada huruf yang sebelumnya.

Maklum Balas Anda Adalah Sangat Bernilai


Mohon kepada Ustaz dan Ustazah KAFA yang telah cuba menggunakan tulisan Jawi Fonetik ini, amat digalakan memberikan maklum balas sama ada permasalahan, idea, pendapat, cadangan, kritikan dan sebagainya pada ruangan Tickets.

Ustaz dan Ustazah boleh juga menghantar mesej menggunakan Google Form atau terus menghantar email ke alamat: acfatah [at] gmail [dot] com.

Sekiranya anda dapati usaha yang kecil ini memudahkan kerja dan bermanfaat kepada anda dan kenalan anda, anda sangat dialu-alukan untuk menyebarkannya kepada yang lain.

Mudah-mudahan ia dapat membantu para pelajar, pendidik dan guru-guru KAFA bukan sahaja di Malaysia tetapi diseluruh Asia Tenggara.


Dapatkan Sticker Tulisan Jawi di sini



COMMENTS

BLOGGER: 3
  1. Assalamualaikum.masih boleh gunakan ke tidak ya jawi phonetic keyboard ni?saya tak boleh nak install pon

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.. terima kasih atas perkongsian yg sangat berguna.. boleh tak terangkan juga bagaimana cara untuk meletakkan baris pada huruf jawi untuk digunakan dalam penulisan bahasa Arab?

    ReplyDelete
Terima Kasih kerana sudi memberikan komen di halaman ini. Sila berikan komen yang berhemah. Laman PERGUKAFA Kuantan tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.

Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,4,Buku,31,Guru KAFA,145,Ihtifal,11,Info KAFA,652,Jadual,36,JAIP,122,JAKIM,135,Jawatan Kosong,1,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,4,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,53,Pergukafa,94,Persatuan,2,Program,232,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,2,Tazkirah KAFA,19,UPKK,159,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Jom Guna Jawi Phonetic Keyboard
Jom Guna Jawi Phonetic Keyboard
Kaedah persamaan fonentik (bunyi) huruf jawi dan rumi Lebih praktikal dari Jawi Biasa2 dan Jawi UKM kerana tidak perlukan stiker arabic untuk mengingatnya....
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQwFl8OKI2XbuDp9qzwR5G7PqfcXVhpZ2YjoNxUFIDUm_mkuW2qXbJNlh_WauxuQP7wIKpA3FIFkKoCl9gS5PhgC0BRqqRH6p-rcMCDfYU12j85xIeUu_ZBA5Xj5-ilj6kJ-gTz3PCnxs/s640/jawi+fonetik+keyboard.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQwFl8OKI2XbuDp9qzwR5G7PqfcXVhpZ2YjoNxUFIDUm_mkuW2qXbJNlh_WauxuQP7wIKpA3FIFkKoCl9gS5PhgC0BRqqRH6p-rcMCDfYU12j85xIeUu_ZBA5Xj5-ilj6kJ-gTz3PCnxs/s72-c/jawi+fonetik+keyboard.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2020/01/jom-guna-jawi-phonetic-keyboard.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2020/01/jom-guna-jawi-phonetic-keyboard.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :