Taklimat Perkeso ini adalah mengenai pengisian borang pendaftaran ID Portal PERKESO. Taklimat untuk daerah Kuantan ini...
Pergukafakuantan.com - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menerusi Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan satu Taklimat Pelaksanaan PERKESO untuk guru-guru KAFA lantikan JAIP bagi daerah Kuantan bertempat di Dewan SMA Al-Ihsan Kuantan, pada Isnin 02/12/2019 bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Taklimat Perkeso ini adalah mengenai pengisian borang pendaftaran ID Portal PERKESO. Taklimat untuk daerah Kuantan ini dibahagikan kepada dua sesi.
- Sesi Pertama: ZON 2 dan Zon 3 (9.30 pagi - 10.30 tengahari).
- Sesi Kedua : ZON 1 dan Zon 4 (11.30 pagi - 12.30 tengahari).
Taklimat caruman Perkeso ini adalah sebahagian proses sempena elaun guru-guru KAFA dari RM900 naik kepada RM1,000 bermula Jan 2020 nanti.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP iaitu Ustazah Apidah Binti Zakaria, turut serta bersama adalah Ketua Unit SAR KAFA JAIP, Dr. Saliturahim Bin Alias dan juga Penyelia KAFA daerah dan negeri.
Selain daripada taklimat ini, Ustazah Apidah juga mengumumkan mengenai kontrak guru KAFA akan bersambung tiga tahun sekali. Bukan lagi setahun sekali seperti mana sekarang.
Berikut adalah gambar sekitar Taklimat Pelaksanaan PERKESO Daerah Kuantan:
Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Ustazah Apidah Binti Zakaria dan Dr. Saliturahim Bin Alias Ketua Unit SAR KAFA JAIP
Taklimat disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Ustazah Apidah Binti Zakaria
Ustaz Naim sebagai Pengerusi Majlis
Bagi Guru KAFA lantikan JAIP yang GAGAL hadir di SMA Al-Ihsan DIWAJIBKAN hadir bagi menyelesaikan urusan-urusan berkaitan dengan membawa bersama ;
- Satu salinan Kad Pengenalan
- Pen hitam atau biru
Pada Rabu 04/12/2019 di Dewan As-Sakinah PAID Kuantan jam 9.30 pagi.
Ribuna terima kasih daripada kami Persatuan Guru SAR KAFA Daerah Kuantan atas keprihatinan JAIP mengadakan taklimat ini, semoga ianya akan menjadi pemangkin kecemerlangan KAFA Negeri Pahang ini nanti.
COMMENTS