Perkongsian berita daripada Persatuan Guru SAR KAFA Negeri Pahang yang telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Pahang di Wisma Negeri di Kuantan pada Jumaat 18 Oktober 2019.
Pergukafakuantan.com - Perkongsian berita daripada Persatuan Guru SAR KAFA Negeri Pahang yang telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Pahang di Wisma Negeri di Kuantan pada Jumaat 18 Oktober 2019.
Alhamdulillah, Persatuan Guru SAR KAFA Negeri Pahang (Pergukafa Negeri) yang diwakili oleh lima orang AJK termasuk Pengerusi Persatuan Guru SAR KAFA Negeri iaitu Ustaz Haji Wan Zailani Bin Wan Yusof telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Pahang. Alhamdulillah kunjungan kami disambut mesra oleh Menteri Besar Pahang iaitu YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail di pejabatnya.
Antara kertas kerja yang diangkat untuk dipertimbangkan ialah memohon peruntukan bagi menjana kursus guru seluruh Negeri Pahang dan beberapa usul bertulis untuk perhatian dan penilaian YAB MB.
Alhamdulillah, perkara yang mendapat perhatian dan kelulusan segera ialah kertas kerja peruntukan Mesyuarat Agung Persatuan SAR KAFA Negeri Pahang.
Sumber: Persatuan SAR KAFA Negeri Pahang.
Sumber Gambar: FB YAB MB Pahang.
COMMENTS