Ketika kunjungan kami (Persatuan) hari ini dia sudah boleh berjalan tanpa menggunakan kerusi roda. Setakat hari ini persatuan kita sudah berjaya membuat kutipan ihsan untuk Ustaz Hamid sebanyak RM3,500.00.
Pergukafakuantan.com - Assalamualaikum semua sahabat, Alhamdulillah kami
persatuan
telah pun membuat lawatan kasih mengunjungi Ustaz Hamid bin Ismail di Pusat Jagaan Pesakit dan Warga Emas Seri Damai Kuantan pada 19/7/2019.
Setakat hari ini menurut laporan dari
pusat rawatan
tersebut, perkembangan untuk sembuh Ustaz Hamid adalah sangat positif. Ini berikutan ramai dari kawan-kawan dan saudara mara beliau datang melawat. Sebenarnya dengan ramainya lawatan dari sahabat-sahabat dan saudara mara itulah yang banyak membantu Ustaz Hamid untuk memulihkan ingatannya.
Ketika kunjungan kami (Persatuan) hari ini dia sudah boleh berjalan tanpa menggunakan kerusi roda. Setakat hari ini persatuan kita sudah berjaya membuat
kutipan ihsan
untuk Ustaz Hamid sebanyak RM3,500.00.
Semoga kutipan ihsan tersebut dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan kos rawatan dan ubatan Ustaz Hamid. Persatuan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menyumbang untuk tabung ihsan Ustaz Hamid ini.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Kuantan mewakili semua guru-guru KAFA dan SAR KAFA yang telah menyumbang pada kali ini.
Sumbangan anda semua amat diperlukan lagi kerana
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Kuantan mewakili semua guru-guru KAFA dan SAR KAFA yang telah menyumbang pada kali ini.
Sumbangan anda semua amat diperlukan lagi kerana
kos jagaan dan perubatan
di sini hampir mencecah RM1,000.00 sebulan, oleh itu, bagi yang terus membantu Ustaz Hamid boleh menyalurkan bantuan ke akaun kakak beliau (Pemegang Amanah ketika ini) kerana waktu ini Ustaz Hamid masih belum mampu untuk menguruskan dirinya sendiri.
BSN
0610029000227895
MEMUN BINTI ISMAIL
Lot 161 Kampung Peramu.
Sekian, terima kasih
Laporan ini disediakan oleh:
Setiausaha
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan.
COMMENTS