AJK Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (Pergukafa Kuantan) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada 8 Mei 2019 (Rabu).
Pergukafakuantan.com - AJK Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (Pergukafa Kuantan) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada 8 Mei 2019 (Rabu).
Ustaz Harmizi Hanafi selaku pengerusi Pergukafa Kuantan dengan AJK lain, setibanya telah disambut oleh Ustaz Ahmad Shukri bin Mohd Sodin (Penolong Pengarah Unit SAR/KAFA) dan Ustaz Kauthar bin Shuaib (Penyelia Unit SAR/KAFA) serta kakitangan JAIP yang lain.
Tujuan kunjungan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan dengan pihak JAIP. Berbagai perkara telah dibincangkan, bermula dengan perbincangan isu semasa serta program persatuan bersama JAIP.
Perjumpaan tamat pada jam 11.30 pagi, ribuan terima kasih daripada kami buat Bahagian Pendidikan Unit SAR/KAFA kena sudi berjumpa dan berbincang dengan kami Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan. Semoga pertemuan ini akan mengeratkan lagi kerjasama antara kedua belah pihak dalam memperkasakan SAR/KAFA ke tahap yang lebih cemerlang lagi.
COMMENTS