JAKIM mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan mengisi 33 kekosongan jawatan Penyelia KAFA seluruh negeri.
Pergukafakuantan.com - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan;
PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19 (CONTRACT OF SERVICE) SEBAGAI PENYELIA KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA)
Taraf jawatan: Kontrak (Contract of Service)
Bayaran Gaji: RM1,352.00 Minima
Penempatan:
Kedah - (1 kekosongan)
Pulau Pinang - (1 kekosongan)
Perak - (2 kekosongan)
Selangor - (2 kekosongan)
Wilayah Persekutuan Putrajaya - (1 kekosongan)
Johor - (2 kekosongan)
Melaka - (2 kekosongan)
Negeri Sembilan - (3 kekosongan)
Pahang - (5 kekosongan)
Terengganu - (2 kekosongan)
Sabah - (8 kekosongan)
Sarawak - (4 kekosongan)
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab kepada Pengarah Bahagian Pendidikan, JAKIM dalam mengurus dan memantau pelaksanaan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain di negeri-negeri.
SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
3. Berkelulusan:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta:
(a) Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
(b) Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
[Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00]; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan oleh kerajaan serta sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya. [Gaji permulaan pada Gred S19; RM1,464.80]; dan
- Memiliki kepujian sekurang-kurang Gred C dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.
Keutamaan:
4. Berpengalaman sebagai Guru KAFA
5. Menguasai kemahiran teknologi maklumat dan kominukasi (ICT).
CARA MEMOHON
1. Sila kemukakan resume serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut;
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya
No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3, 62100 PUTRAJAYA
2. Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri (atas) sampul surat.
PERHATIAN
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
Tarikh Tutup Permohonan 8 Februari 2019 (Jumaat)
Sumber: JAKIM
COMMENTS