Seperti mana yang diwar-warkan dalam bajet 2018 dahulu, bahawa Guru KAFA bakal menerima RM1,500 bantuan khas 'One-Off".
Pergukafakuantan.com - Seperti mana yang diwar-warkan dalam bajet 2018 dahulu, bahawa Guru KAFA bakal menerima RM1,500 bantuan khas 'One-Off". Sebanyak RM1,000 akan diterima pada awal januari 2018, manakala bakinya RM500 akan diterima ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.
Bagi penjawat awam lain ianya telah diterima pada 8/1/2018 lalu seperti mana yang telah dimaklumkan oleh PM dalam media sosial baru-baru ini. Ramai Guru KAFA melahirkan rasa duka cita kerana belum menerima bonus khas tersebut sepertimana penjawat awam yang lain pada tarikh tersebut.
Bagi menjawab persoalan ini, dimaklumkan dari sumber yang kami terima bahawa :
"Tindakan pembayaran bonus khas ini dilakukan terus oleh pihak JAKIM sendiri bagi seluruh SAR/KAFA di Malaysia ini. Difahamkan bayaran ini akan dilakukan secara berperingkat mengikut negeri."
Diharapkan semua guru KAFA bersabar, Insya Allah akan dapat dalam masa yang terdekat ini.
Sampai harini 17/2/2018 kafa masih belum mnerima byran one off.
ReplyDeleteJanji bulan Januari..sekarang Februari pun dah nak berlalu pergi..mohon pihak berkenaan melakukan sesuatu bagi menyenangkan hati semua pihak..bukan hanya dengan "Diharapkan semua guru KAFA bersabar, Insya Allah akan dapat dalam masa yang terdekat ini."..
ReplyDeleteSalam....bila lagi guru kafa nak terima bonus rm 1000 ek.
ReplyDeleteJanji bulan januari...sekarang dah bulan mac....😊
ReplyDelete