Ujian Penilaian Tahap Kecekapan Guru KAFA, semua guru KAFA seluruh Pahang sedia maklum ujian tersebut akan diadakan sebelum watikah perlantikan dan penyambungan kontrak guru KAFA 2017 pada isnin 19/12/2016
Pergukafakuantan.com - Ujian Penilaian Tahap Kecekapan Guru KAFA, semua guru KAFA seluruh Pahang sedia maklum ujian tersebut akan diadakan sebelum watikah perlantikan dan penyambungan kontrak guru KAFA 2017 pada isnin 19/12/2016 nanti. Ujian Penilaian Tahap Kecekapan Guru KAFA akan bermula pada jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi di Bukit Gambang Resort City, Kuantan.
Soalan Ujian Penilaian Tahap Kecekapan Guru KAFA adalah 100% keluaran JAIP. Masa yang diberikan untuk menjawab semua soalan Ujian Penilaian Tahap Kecekapan Guru KAFA hanyalah 1 jam sahaja.
Antara perkara atau subjek yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:
Antara perkara atau subjek yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:
BAHAGIAN A
- Pengurusan Guru
BAHAGIAN B
- Pengetahuan Fardhu Ain
Bahagian A dan B merangkumi:
a) Al-Quran
b) Fardhu Ain
c) Pengetahuan Am
d) Garis panduan KAFA - berkaitan guru KAFA dan murid.
Sedikit perkongsian mengenai soalan yang mungkin ditanya berdasarkan garis panduan KAFA :
Tugas Guru
( a ) menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar (BRM);
( b ) menandatangani Buku Kedatangan Guru (BKG) setiap kali hadir bertugas;
( c ) merekod kehadiran murid dalam Jadual Kedatangan Murid (JKM);
( d ) melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sebagaimana yang ditetapkan oleh Garis Panduan ini dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa;
( e ) menyediakan Laporan Kehadiran Bulanan Guru KAFA dengan menggunakan Borang G Jadual sebelum atau pada tujuh haribulan pada bulan berikutnya kepada Penyelia di peringkat daerah, bahagian atau parlimen;
( f ) memastikan keselamatan murid sentiasa terjaga dan diawasi sepanjang perjalanan KAFA; dan
( g ) melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Agensi Bertanggungjawab dari semasa ke semasa.
Etika Guru
Guru hendaklah mematuhi etika sebagai seorang pendidik semasa berada di Premis dari sudut berpakaian, perwatakan, penampilan semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan etika semasa menghadiri apa-apa program rasmi anjuran kerajaan Negeri atau Persekutuan.
Kelayakan cuti Guru
(1) Guru adalah layak untuk mendapat kemudahan cuti-
(a) berelaun seperti yang berikut; dan
(i) Cuti Rehat Khas selama tujuh hari setahun setelah mendapat kelulusan daripada pihak yang bertanggungjawab mengikut mana-mana yang berkenaan dengan mengisi Borang Permohonan Cuti Rehat Khas Guru sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang I Jadual. Cuti Rehat Khas yang tidak dihabiskan pada tahun semasa tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya;
(ii) Cuti Sakit tidak melebihi lima belas hari setahun dengan mengemukakan sijil cuti sakit yang disahkan oleh Pengamal Perubatan atau Pergigian Berdaftar dan mengisi Borang Permohonan Cuti Sakit sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang I Jadual; dan
(iii) Cuti Tanpa Rekod iaitu cuti peristiwa dan cuti kursus yang diarahkan oleh JAKIM atau Agensi Bertanggungjawab.
(b) tanpa elaun dengan mengisi Borang Permohonan Cuti Tanpa Elaun sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang J Jadual seperti yang berikut-
(i) cuti untuk mengerjakan umrah atau haji hendaklah tidak melebihi dua bulan; dan
(ii) cuti bersalin sehingga enam puluh hari.
(3) Pemberian cuti Guru hendaklah dikawal oleh Guru Besar, Ketua Guru atau Guru Penyelaras mengikut mana-mana yang berkenaan dan tidak boleh diberi dengan sewenangwenangnya sehingga boleh menjejaskan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), pentadbiran dan pengurusan KAFA.
(4) Bagi Guru yang meninggal dunia dan telah berkhidmat tetapi tidak mencukupi tempoh sebulan perkhidmatan, bolehlah dibayar elaun penuh bagi bulan berkenaan.
(5) Guru yang mengambil cuti bersalin, cuti untuk mengerjakan umrah atau haji, cuti menghadiri kursus yang bukan diarahkan oleh JAKIM atau Agensi Bertanggungjawab atau cuti sakit melebihi lima belas hari hendaklah mengemukakan permohonan awal kepada Agensi Bertanggungjawab
(6) Pembayaran elaun Guru Ganti hendaklah diambil daripada peruntukan elaun Guru yang diganti.
Bahagia Al Quran dan Fardhu Ain boleh rujuk atau baca pada eKAFA online (ada dibahagian atas menubar dalam blog ini).
Soalan pengetahuan AM mungkin ditanya :
1. Apa nama penuh bagi JAKIM?
Jawapan: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
2. Siapa Pengarah JAKIM?
Jawapan: YBHG TAN SERI DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
3. Siapa Pengarah JAIP?
Jawapan: DATO' HAJI MOHAMMAD NOOR BIN ABDUL RANI DSAP., DIMP., SAP., AAP., AMP., AMN., PKC., PJK.
4. KAFA diletak bahagian mana?
Jawapan: BAHAGIAN PENDIDIKAN JAIP
5. Siapa Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP?
Jawapan: ABU BAKAR BIN MAT SAAD AMP.
dan lain-lain berkaitan dengan isu semasa.... wallahu a'lam
Jangan percaya soalan tu admin sekadar perkongsian berkemungkinan akan ditanya. Bukan soalan bocor, tapi soalan agak-agak je tu, blog ini tidak bertanggungjawab atas segala yang dikongsikan di sini, sekadar perkongsian sahaja....
Sumber gambar: expedia.com
COMMENTS