Pada Sabtu 12 November 2016, satu lawatan sambil belajar ke Shah Alam anjuran SAR KAFA Al-Amin Kg Sri Damai. Seramai 30 orang murid dan 12 orang guru serta penjaga yang mengikuti lawatan ini.
Pergukafakuantan.com - Pada Sabtu 12 November 2016, satu lawatan sambil belajar ke Shah Alam anjuran SAR KAFA Al-Amin Kg Sri Damai. Seramai 30 orang murid dan 12 orang guru serta penjaga yang mengikuti lawatan ini.
Kami bertolak pada jam 4.30 petang dan sampai pada jam 9.00 di Taman Botani shah Alam. Seterusnya kami bergerak ke Muzium Shah Alam. Kami berhenti rehat serta makan di Taman Tasik Shah Alam kemudian solat zohor di Masjid Sultan Salahuddin. Kami meneruskan perjalan ke Lan Seni 7 iaitu satu tempat pelbagai seni lukisan pada dinding yang sangat menarik. Semua pelajar teruja melihatnya.
Akhir sekali kami bergerak ke I-City untuk merasai pengalaman berada di dalam salji. Kami masuk ke Snow Walk pada jam 5.00 petang dan keluar pada jam 7 malam.
Semua pelajar teruja dgn pengalaman baru di dalam ais. Di akhir lawatan, kami singgah untuk membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenangan.
Berikut adalah gambar-gambar sekitar Lawatan Sambil Belajar Sar Kafa Al-Amin Kg Sri Damai ke Shah Alam :
Tahniah!!! daripada kami Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan kerana berjaya menganjurkan lawatan sambil belajar ini.
Punya bersemangatnya, tak sampai balik rumah dan hantar berita lawatan ke admin, siap boleh buat karangan bercerita serba ringkas mengenai lawatan tersebut. Diharapkan selepas ini mana-mana SAR/KAFA yang ingin berkongsi program sekolah buatlah macam ini. Senang admin terus postkan program tersebut dalam blog.
COMMENTS