Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-59 daripada kami, Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan.
Hayatilah erti kemerdekaan sebagaimana yang pernah diucapkan oleh panglima Islam Rub’i bin ‘Umair ketika menjawab pertanyaan panglima Farsi iaitu Rastam tentang sebab tentera Islam mahu memerdekakan Farsi di mana katanya dengan tegas : Kami diutuskan untuk memerdekakan sesiapa yang mahu di kalangan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan diri hanya kepada Allah, memerdekakan manusia daripada sistem ciptaan manusia yang zalim kepada sistem Islam yang adil, memerdekakan manusia daripada pandangan hidup yang sempit setakat nampak kehidupan dunia kepada kehidupan berpandangan jauh sehingga hari akhirat.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-59 daripada kami, Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan.
COMMENTS