Program Jawab Untuk Cemerlang (JUC) UPKK ZON 3 2016 Daerah Kuantan Pahang...
Kuantan - 21 Ogos 2016 satu program jawab untuk cemerlang (JUC) bagi Zon 3 daerah Kuantan telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Mes Kem Bukit Galing Kuantan. Seramai 359 murid dari keseluruhan Kelas Kafa Zon 3 telah hadir bagi menjayakan program yang berprestij pada kali ini.
Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi dengan pembentangan subjek adab pada permulaan sesi dan seterusnya diikuti dengan subjek-subjek teras yang lain. Program berakhir pada jam 5.00 petang.
Berikut gambar-gambar sekitar berlangsungnya program :
Betapa bersemangatnya peserta yang terlibat
Mereka yang memberi sumbangan di sebalik tabir program
Kami Persatuan Guru-Guru Kafa Daerah Kuantan terutama sekali Zon 3 mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Kem Galing kerana membenarkan kami menggunakan dewan bertaraf lima bintang itu. Bukan calang-calang orang boleh masuk ke dewan itu, anggota dalam kem tu pun ada belum pernah masuk ke dalam dewan itu.
Tahniah dan bertuah anak-anak didik Zon 3, semoga dengan ini akan menaikan lagi semangat untuk berjaya mendapatkan 8A dalam UPKK Oktober nanti.
Maka dengan berakhirnya program JUC Zon 3 ini, berakhirlah Program Jawab Untuk Cemerlang (JUC) Daerah Kuantan 2016. Terima kasih kepada semua yang terlibat bertungkus lumus dalam menjayakan program ini dari mula hingga akhir.
Nantikan laporan keseluruhan program JUC di laman web Persatuan Guru-Guru Kafa Daerah Kuantan ini nanti.
COMMENTS