Latar belakang Modul Jawab Untuk Cemerlang (JUC) Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) secara rasminya telah dibina pada tahun 2014 oleh guru-guru KAFA yang mengajar mata pelajaran UPKK
Latar belakang Modul Jawab Untuk Cemerlang (JUC) Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) secara rasminya telah dibina pada tahun 2014 oleh guru-guru KAFA yang mengajar mata pelajaran UPKK.
Pembinaan modul ini adalah hasil cetusan idea oleh Y.H Dato' Roslan bin Harun (mantan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang) setelah mengambil kira keputusan UPKK pada tahun 2013 yang tidak memuaskan.
Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi keputusan UPKK agar terus cemerlang dengan menjadikan modul ini sebagai projek utama bagi meningkatan lagi pencapaian UPKK di negeri Pahang.
Objektif modul ini dilaksanakan bagi meningkatkan pencapaian keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA(UPKK) Negeri Pahang tahun 2016 kepada tahap yang lebih cemerlang berbanding tahun 2015 di mana seramai 2924 calon telah memperolehi 8A.
TAHUN | KEDUDUKAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN | BILANGAN CALON MENDAPAT 8A |
---|---|---|
2013 | TEMPAT KE - 11 | 669 ORANG CALON |
2014 | TEMPAT KE - 8 | 1,727 ORANG CALON |
2015 | TEMPAT KE - 4 | 2,924 ORANG CALON |
Tahniah dan terima kasih Jabatan Agama Islam Pahang meneruskan program ini, InsyaAllah kami guru-guru SAR / KAFA Negeri Pahang akan melaksanakan dan menjayakan program mengikut apa yang telah dirancangkan.
Bagi kami SAR / KAFA daerah Kuantan akan menjalankan program ini bermula pada 6 Ogos hingga 20 Ogos 2016 mengikut zon yang telah ditetapkan. Sila rujuk jadual perjalanan program dalam laman web pergukafakuantan.com.
Terbaik lapuran
ReplyDelete