Laporan Program Jawab Untuk Cemerlang (JUC) UPKK 2016 Daerah Kuantan...
Pergukafakuantan.com - Alhamdulillah bermula minggu pertama dan keempat, sabtu dan ahad bulan Ogos 2016, maka berakhirlah Program Jawab Untuk Cemerlang (JUC) UPKK 2016 Daerah Kuantan.
Seperti mana yang sedia maklum Sar kafa di Kuantan ada 109 buah, merupakan jumlah Sar Kafa terbanyak di Negeri Pahang ini. Bagi memudahkan segala program dan maklumat disampaikan serta berjalan lancar Sar Kafa di bahagi kepada 4 Zon iaitu Zon 1, Zon 2, Zon 3 dan Zon 4. Setiap Zon diurus tadbir oleh ketua masing-masing (sila klik pautan pada zon di atas untuk melihat Sar Kafa setiap zon).
Berbalik semula pada JUC UPKK 2016, Alhamdulillah ia berjalan lancar seperti ketetapan berikut :
TARIKH | HARI | ZON | TEMPAT | JUMLAH PESERTA |
---|---|---|---|---|
6 Ogos 2016 |
Sabtu
|
2
|
Dewan Orang Ramai Mentiga Sg. Isap 2 |
244 Orang
|
7 Ogos 2016 |
Ahad
|
1
|
Dewan Serbaguna Batu 11 |
231 Orang
|
20 Ogos 2016 |
Sabtu
|
4
|
Auditorium Tun Abd Razak Kompleks Perumahan TLDM, Balok Perdana |
230 Orang
|
21 Ogos 2016 |
Ahad
|
3
|
Dewan MES Pegawai Kanan Kem Bukit Galing, PGA |
359 Orang
|
Untuk melihat jadual perjalanan program setiap zon boleh lihat di SINI.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama sekali kepada semua zon-zon yang bertungkus lumus berusaha menjayakan program ini sebaik mungkin. Terima kasih juga kepada semua fasi-fasi, guru-guru serta para pelajar yang terlibat. Terima kasih yang tak terhingga kepada JAIP/PAID yang memberi kepercayaan kepada kami Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan (PERGUKAFA Kuantan) mengendalikan program besar JUC UPKK 2016 ini.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama sekali kepada semua zon-zon yang bertungkus lumus berusaha menjayakan program ini sebaik mungkin. Terima kasih juga kepada semua fasi-fasi, guru-guru serta para pelajar yang terlibat. Terima kasih yang tak terhingga kepada JAIP/PAID yang memberi kepercayaan kepada kami Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan (PERGUKAFA Kuantan) mengendalikan program besar JUC UPKK 2016 ini.
Sedikit rumusan perjalan program JUC ini. Ia berjalan lancar setiap zon, segala kesulitan segera diperbaiki, kehadiran memuaskan bagi setiap zon.
Mengenai tempat program, disarankan tahun hadapan, pastikan tempat tersebut selesa untuk semua fasi dan pelajar kerana terdapat sedikit komentar mengenai tempat.
InsyaAllah segala kelemahan akan diperbaiki lagi untuk sesi JUC tahun hadapan. Diharapkan pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan meneruskan program sebegini dalam menaikan lagi prestasi semua yang terlibat, bukan sekadar untuk pelajar yang terpilih sahaja, malah untuk semua pelajar tahun lima yang menduduki UPPK. Biarlah semua pelajar merasa, apa itu JUC... jangan biarkan yang lemah terus lemah tanpa harapan dan harapan untuk mereka.
Sekali lagi kami Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan mengucapkan tahniah pada semua yang terlibat dalam menjayakan JUC UPKK 2016 dan memohon maaf atas segala kelemahan sepanjang program ini berlangsung.
Yang benar,
Ustaz Harmizi Hanafi
Pengerusi
Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan
22 Ogos 2016
COMMENTS