Satu Lawatan Kerja Persatuan Ke KAFA Langkawi telah diadakan baru-baru ini pada 11/10/2015. Tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan ukhuwah, bertukar-tukar idea dan informasi antara dua negeri.
Satu Lawatan Kerja Persatuan Ke KAFA Langkawi telah diadakan baru-baru ini pada 11/10/2015. Tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan ukhuwah, bertukar-tukar idea dan informasi antara dua negeri.
Tempat lawatan adalah Kafa Integrasi Masjid Al- Amin, Kg. Yooi, Langkawi. KAFA Langkawi terbahagi kepada iaitu KAFA dan KAFA Intergrasi. 36 pusat Kafa, seramai 117 orang guru Kafa di bawah selian 3 orang penyelia. Calon UPKK 2015 KAFA Langkawi seramai lebih 800 orang.
Turut serta mengalukan ke datangan kami Ustaz Sheikh Usamah B. Talib, Pegawai Hal Ehwal Islam Langkawi.
Ucapan dari Pegawai Masjid kampung Yooi, merangkap Pengerusi Kafa kampung Yooi.
Turut meraikan kami Ust Mansor B. Azmi, Penyelia Kafa Langkawi.
Ustaz Halim b. Taib, Pengerusi Persatuan Pergukafa Kedah turut hadir meraikan kami. Tidak ketinggalan juga turut hadir Ketua Guru Kafa Kampung Yooi, Guru-Guru Kafa Langkawi dan Guru-guru Kafa Kampung Yooi.
Dalam pertemuan ini juga Pengerusi Pergukafa Kedah berkata beliau dalam usaha untuk menjayakan perjumpaan Pengerusi-Pengerusi Pergukafa Se Malaysia. InsyaAllah, semoga segala usaha ini akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.
Berikut lain-lain gambar sekitar lawatan kerja AJK Pergukafa Kuantan:
Ucapan Timbalan Pengerusi Pergukafa Kuantan
Alhamdulillah, semoga dengan lawatan ini akan meningkatkan lagi mutu kerja dan tanggungjawab AJK dalam melaksanaka tugas yang diberikan. Semoga ikatan ukhwah yang terjalin ini akan meningkatkan prestasi KAFA antara dua negeri ini.
Buat akhirnya ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam program ini terutama sekali PAID Langkawi, Persatuan Guru KAFA Kedah, Kafa Intergrasi Kampung Yooi Langkawi dan semua Guru-guru Kafa Langkawi.
Terima kasih ats sambutan dr PAID n KAFA Langkawi. Semoga ukhuwah ini terus utuh demi kesinambungan KAFA sejagat.
ReplyDeleteAlhamdulillah,,,lawatan kelangkawi memberi ruang utk mengenali rakan seperjuangan yg mempunyai tujuan yg sama utk mendidik anak bangsa kita dlm bidang agama Islam,,dpt btukar pendapat dan pengalaman disamping ukhwah antara dua negeri
ReplyDeleteMoga dengan lawatan kerja ke langkawi menjadi suntikan semangat dan cetusan idea untuk memajukan industri kafa daerah kuantan. Moga briged ajk terkini dapat berganding bahu dan bekerja sebagai satu pasukan dan wehdatul fikri.
ReplyDelete