Mesyuarat Ihtifal KAFA Peringkat Daerah Kuantan 2015 kali pertama: Tempat: Bilik Masjid Negeri Sultan Ahmas Shah. Tarikh: 14/6/2015 Masa: 3.00 petang
Mesyuarat Ihtifal KAFA Peringkat Daerah Kuantan 2015 kali pertama:
Tempat: Bilik Mesyuarat Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah.
Tarikh: 14/5/2015
Masa: 3.00 petang
Mesyuarat dihadiri oleh penyelia KAFA Kuantan wakil kepada PAID dan AJK Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan.
Mesyuarat membincangkan tentang persediaan untuk majlis ihtifal. Ihtifal kali ini ada sedikit perubahan dari tahun sebelumnya. Diperkenalkan saringan peringkat Zon sebelum ke pringkat daerah.
Persatuan Guru-Guru KAFA Kuantan (PERGUKAFA) diberi mandat penuh untuk mengendalikan majlis ihtifal peringkat Zon, yang mana Zon SAR KAFA Kuantan ini terbahagi kepada 4 Zon (Sila rujuk blog ini untuk melihat Zon).
Tahun ini enam acara diperkenalkan, satu acara tambahan:
1. Tilawah Al Quran
2. Nasyid
3. Syarahan Bahasa Melayu
4. Syarahan Bahasa Arab
5. Jawi Khat Terbuka
6. Hafazan (acara tambahan)
Johan dan naib johan setiap zon akan terus ke peringkat daerah Kuantan.
25 Julai 2015 - Pertandingan Ihtifal Peringkat Zon
17 Jun 2015 - Tarikh Tutup Penyertaan.
8 Ogos 2015 - Pertandingan Ihtifal Peringkat Daerah Kuantan
10 Ogos 2015 - Tarikh Tutup Penyertaan Peringkat Daerah
* Borang-borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan anda boleh dapatkannya (Muat turun) di sini nanti.
* Maklumat susulan akan terus diinfo dari masa ke semasa.
Selepas mesyuarat AJK melakukan program ziarah;
1. Menziarahi bekas ustazah KAFA sakit di Panching
2. Menziarahi SAR KAFA Al Hafizin (Van sekolah terbakar).
COMMENTS